Wednesday, September 14, 2011

Selamat Hari Lahir



Assalamualaikum..

Semalam Tanggal 13 september 2011 adalah hari lahir ku :)

Selamat Hari Lahir

Terima kasih kepada mereka yang telah mengutuskan ucapan selamat kepada diriku sama ada melalui Facebook atau SMS. Terima kasih lagi. huhu...



 

~ Terima Kasih Daun Keladi ~





wordless wednesday*8 - 2 light

Assalamualaikum...

Monday, September 12, 2011

Tukang sapu tepi jalan

Assalamualaikum...




Eh ko kerja apa ek??
Aku keja tukang sapu sampah tepi jalan aje...

Bang, abang kerja apa ek?
Abang ni jadi tukang kebun je dik...

Pakcik, pakcik keje ape ek?
Pakcik ni driver lori angkat sampah tu...




Reaksi: Ish keje camtu aje, tak ada kelas langsung. Cari la keje yang baik sikit. Banyak-banyak kerja itu jugak yang dia pilih.


Reaksi aku: Bagus la dorang kerja camtu. Nanti takda sape pulak nak kerja camtu susah pulak. Sampah banyak tepi jalan tu kau nak kutip ke?. Tandas awam kotor kau nak basuh ke?. Sebenarnya dorang tu lebih la baik dari orang yang duk umah mengahabiskan beras aje, geng-geng yang rompak kedai makan kat seksyen 15 shah alam mahupun makcik-makcik yang bermesyuarat tingkap sampai tingkap berhabuk pun sanggup lagi meeting tu.. ish3 (geleng kepala sikit)


Reaksi anda? :)


Apabila kita berada di tempat tinggi, semuanya akan nampak kecil


Saturday, September 10, 2011

Anda rasa anda hebat CONTEST!!!!

Assalamualaikum...

Salam weekend semua. Seperti yang dijanji kan. Jeng3.

Contest pertama blog ini dah tiba. hehehe..



Anda rasa anda hebat CONTEST!!!!


Hadiah: Topup RM10 (atau lebih tepat RM 9.40)


Mudah aje untuk sertai ini.

Tak perlu tag blogger. Tapi kalau mahu tag juga boleh

Tak perlu follow. Tapi kalau mahu follow juga boleh

Tak perlu buat entry dan copy banner



Anda hanya perlu.

Ada sebuah blog. Anda adalah blogger la kira nya. Kalau friend lam FB tak buleh ek nak menggatal masuk contest ni. Bukan ape, first contest ni khas tuk blogger aje :)

Anda ada email.

Dan otak yang bagus har har har




okeh ini la yang perlu anda buat

ada 2 benda.

Pertama: Gambar. Save gambar tu dan Sila cari seekor kucing dalam gambar tersebut. Dah jumpa bulat kan supaya nanti aku check senang nak notice

Kalau tak jelas. Boleh mintak aku emailkan kat korang atau korang download dari FB aku ek.. ni link (SINI)


Kedua: Matematik. Jawab dengan betul.

· dalam sbuah bas
ada 7 orang awek
setiap awek ada 7 beg
setiap beg ada 7 ekor kucing
setiap kucing ada 7 ekor anak

kira semua kaki dalam bas
(tidak termasuk driver)



Tarikh tutup: 20 SEPTEMBER 2011 jam 8 pagi

Semua Penyertaan kena send by email.

nazriderain@gmail.com
Subject: Anda rasa anda hebat CONTEST!!!!

Sila letak LINK blog anda juga ek. Kalau tak susah la mahu contact nanti.

Semua penyertaan akan diletakkan di side bar blog ini. So kira dapat promote la jugak blog korang semua.

Rasanya semua aku dah sebut. So then happy masuk contest ni..

sila sebar-sebar kan ek...




*Disaat semua orang sedang makan di open house aku pulak update blog.... sigh~

Wednesday, September 7, 2011

hati bergumam...

Assalamualaikum...


Dua tiga hari ni hati rasa tak tenang.

Asyik berfikir dan tak pasti.

Tadi semasa bekerja, tiba-tiba hujan mencurah-curah ke ladang 'Stevia'.

Nasib baik sempat berlari selamat kan barang-barang elektronik. Kalau tak mahu susut pulak duit dalam bank.

Berteduh lah aku di bawah pondok. Tak sempat nak lari ke bawah bangunan. Petir sambung menyambung. Hujan lebat selebatnye. Tapi jangan risau ni bukan entri cerita hantu hi hi hi...

duduk la aku sambil berfikir sejenak. YEA.. aku mahu bertukar kerja. Mencari kerja lain. Biarlah baru 3 bulan disini. Projek disini juga baru bermula. Baru 5%.

Tapi aku tidak pasti. Hendak melangkah jauh dengan pengalaman yang cetek. Tapi peluang tak datang 2 kali. Aku juga tidak pasti mampu. Tidak berani.

Bersama air hujan gumam hati ku pergi. Bicara sampai disni. Dihentikan. Langit telah memanggil.

Wednesday, August 31, 2011

makan makan dan terus makan

Assalamualaikum...

salam merdeka raya... Kenapa ek merdeka raya panggil nye? sedangkan raya dulu baru merdeka so kena la panggil raya merdeka.. kan? erk..!

Okeh, 'raya merdeka' memang sangat tidak sedap bunyi nye.. abaikan.

wohoo... raya ke tiga sudah, maka nya hari ni nak buat ape ek? haha buat benda yang same macam 2 hari lepas la. Makan makan dan terusss makannnn...... best2..

Ketupat



Rendang ayam, kalau ada daging lagi best.



Nasi impit dengan kuah kacang.. nyum2

dan juga kuih muih la...


Faveret bahulu.



Cuma satu je nak ingat kan, kalau makan dah terlebih banyak tu jangan lepas tu menyesal pulak ek. Yela, sana sini mula naik dah.. huhu. Cakap kepada diri sendiri.

Okeh jom joging esok. hahaha

Meh nak bagi tau tak lama lagi nak buat contest nanti kan... he he

selamat hari raya


Saturday, August 13, 2011

10 malam baru nak mula solat terawih....


Assalamualaikum...

salam ramadhan dan selamat berhari minggu. seronok betul la hari minggu yela tak payah nak keje hahaha... begitu la nikmat dia cuti bagi yang bekerja.

Semalam dan hari ni aku bersolat terawih di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. kat shah alam ni aje. seronok la dapat solat terawih kat sini. huhu

kalau kat tempat tinggal aku kat, sebelum solat terawih dia ada tazkirah dulu, baguskan TAPI lama sampai 45 minit. First day aku pergi memang ramai yang terbongkang menunggu nye bila la nak solat terawih ni. pukul 10 malam baru start. Bila dah solat tu ramai pulak yang buat 4 rakaat aje. Penat agak nye. Aku pun kurang setuju jugak tazkirah sampai 45 minit pastu baru nak mula terawih. yela, esok nye ada yang bekerja. Bertambah la penatnye nanti. lagi pun Solat terawih ni kan bulan ramadhan aje ade, kalau tazkirah bulan-bulan lain pun boleh buat, so why not we concentrate on terawih, tak pun tazkirah wat la lam 15 minit ke pun dah okeh.

Dikesempatan itu sempat la saya membayar zakat fitrah :)


sekian
selamat berpuasa


Monday, August 8, 2011

esok hari selasa....

Assalamualaikum....

salam Ramadhan semua. Agak lama jugak tak update blog.. okeh sangat lama, aku tau la.. GGrrrrr..

bukan ape komputer kat rumah ni ada satu aje. bila dah malam abang aku la pulak guna walaupun siang nye bukan aku yang guna tapi disebab kan screen komputer ni dia yang punya dan CPU tu aku yang punya tambah-tambah dia upgrade pulak CPU tu maka nya sapa yang lebih berhak guna komputer ni? bukan ke aku? gggrrrrr......

Lupakan cite pasal komputer tu. jadinye tu la alasan kenapa blog ni tak berupdate sekian lama. Korang semua sila percaya dan jangan cakap banyak. huhuhu...

Meh la sini nak cerita pasal kerja. Hari ni hari isnin kan. Biasala kemalasan hari Isnin ni memang melampau sangat sampai rasa tak nak pergi je kerja. Tapi ape kan daya Bos besar mahu datang melawat la.

Jadi bersemangat la aku tunjuk rajin depan bos hahaha... selama ni aku rajin jugak keh... dapat la sikit pujian tak ikhlas dari bos ceh... tapi best la bila bos datang, kerja semua terhenti sebab mengadap bos, tau-tau bila bos balik eh dah jam 4.30 ptg, aku pun cabut sekali la. Buat apa tunggu-tunggu bila dan time balik kan. OT tidak akan dibayar okeh. jadi Bos datang la lagi bila-bila free.. hehehe

p/s: ngantuk nak tgu upload gambar jadi korang bace jela ek tak payah la gambar-gambar...

Sunday, July 31, 2011

munkin untuk selamanya....

Dulu kenal dia, baik aje, sopan, budi bahasa, semut pun boleh angkat dia
Kemudian berpisah, dia keselatan, aku ke utara, dia ke timur, aku ke barat
Mahu ketemuan juga susah, mahu merancang untuk bertemu lagi susah
Masa tu facebook tak ada lagi, ym ape tah lagi, yang ada public phone
Nak usha-usha pun tak boleh, maka hubungan terputus

Kembalinya aku ke kampung halaman, terasa rindu ingin lah bertemu
Dicari tidak berjumpa, bertanya kawan lain juga tidak tahu,
kemudian datang facebook, menyelongkar lah aku di laman sosial,
segalanya aku klik, juga tiada, mungkin nama mu lain digunakan,
usaha menemu kebuntuan, jadi berhenti saja,
tapi engkau, bagaimana mahu aku lupakan

Hari berganti, bulan beralih, masa berlalu
udara bergerak perlahan, daun berjoget dengan alunan, matahari menyorok di balik awan
oh!, engkau... aku berdiri tegak dalam kekakuan, engkau berjalan lurus melawan angin,
mata kita bertembung,

Tapi,

riak wajah mu tiada lambang mengenali ku, senyuman kuukir terus mengendur,
engkau melepasi ku, terus aku jadi hairan, bigung
engkau sudah berubah, tidak kah mengenali ku lagi,
berat ku melangkah pergi, berat lagi melihat engkau dan teman mu,
berdiri saja tiada guna, disini bukan tempat bersedih,

lama kita berpisah, aku kekal begini supaya,
apabila ketemu, engkau mampu mengenali ku,
tapi engkau yang sebalik nya,
selamat tinggal, aku berpaling meninggalkan mu,
namun aku punya harapan, supaya engkau berpaling ketika ku pergi...

mungkin untuk selama.


Thursday, July 28, 2011

berjoget depan mesin ATM

Assalamualaikum...

hahaha.. buang tebiat kan...

hari ni gaji dah masuk, jadi haruslah kita berjoget depan mesin ATM... Yeeahhhhhaaaaaa....

ok2.. jaga kelakuan anda di tempat awam. Bukan apa, sangat gembira sebab gaji dah masuk. Di masa-masa tengah sengkek ni, datang la gaji sebangai penyelamat dunia huhuhu...

Bukan aku tak pernah dapat gaji, sebelum ni ada je dapat gaji cuma kali ni paling banyak dan yang pertama sejak mula kerja ni. Gaji pertama la katakan.. harusla gembira lebih. Alhamdulillah...

Gambar hiasan yang dicilok dari google


*dah lame tak update blog...huhu


Wednesday, July 20, 2011

Tiba-tiba hari ni makan kat dapur....

Assalamualaikum...

Hye readers semua.. dah makan malam???....

Ape punya soalan kan.. dah pukul 10.50 kut, orang dah makan supper dah sekarang ni huhu.... Sori for not update my blog, dah 2 minggu kot tanpa entry baru. Baru hari ni ade Wordless Wednesday punya post. Tu pun dah time kan dia. baru la boleh nak update hari ni.

Aku kalau makan malam mesti nk dekat depan TV. tak kira la cite ape pun mesti nak tengok TV kalau makan. Tengok berita la best. Tak da nye nak lekat kat makan kat dapur.

Tapi hari ni lekat pulak aku makan malan kat dapur. Sesorang la pulak tu. sedih betul kan. huhu.. Bukan apa aku penat la nak jalan ke ruang tamu. Penat koje. Nanti la update pasal koje baru nih. rasa cam tak stabil lagi tak best pulak nak cerita.

Dah kalau aku tak lekat kat depan TV masa makan mesti aku masuk lam bilik than layan muvie. Aku kongsi bilik ngan abang aku. jadi nye dalam bilik ni penuh barang abang aku jela. barang aku sikit aje. Sedih lagi...

Best bilik ni sebab kmputer bang aku ni ade banyak movie baru2 dan lame2. dan yang lagi best ada benda ni...



Korang ada???... yang tau, tau la ape benda nya dalam gambar tu. Kalau tak tahu tengok je la ek... dah kelaut pulak cerita aku ni hahah

BYE!

wordless wednesday*4 - Manir, Kuala Terengganu

Saturday, July 2, 2011

tak ada apa-apa#1




disana tak sentiasa indah, disini juga bukan selalu mendung

eh sudah bulan julai

Assalamualaikum...


okeh semalam pergi interview lagi.. Tak habis-habis pergi interview kan. Yela nak mencari kerja yang sesuai dengan pilihan hati. Kalau tak nanti kerja tak ikhlas pulak huhu

Semalam tengah isi borang kat company tu, tengok kat handset oh sudah 1 JULY 2011.

Termenung jap. oh dah 1 JULY rupa nya. Kenapa aku termenung ek. tah ape aku fikir masa tu hahaha

Ayat biasa

"cepat betul masa berlalu, tak sedar pun"

Feeling like miss something but i cannot remember what it is or just my feeling want to fool me

Bulan depan dah puasa



Thursday, June 30, 2011

anda tahu tak kanser prostat...

Assalamualaikum...

Pagi ni terbagun awal eh bukan, tak tidur lepas solat subuh huhu. Maka tertengokla hamba rancangan kat TV3 yang ade pengacara Ally Iskandar tu. Camne leh lupa lak name rancangan pagi-pagi tu...

ni hah Ally Iskandar nye. Kenapa bila taip kat google image personaliti TV3 yang kuar banyak gambar zakiah anas tengah duk atas meja. Mengganggu pencarian gua betol


Sekarang mau cerita bukan pasal Ally Iskandar mahu pun Zakiah anas tengah duduk atas meja. Tapi pasal topik kat TV3 tu, pasal kanser PROSTAT. Aku terasa nak buat entry ni sebab tak puas hati ngan tetamu undangan seorang Dr. Neurologi kalau tak silap, asyik terang kan pasal general aje. tak specifik pon, so aku kat sini nak berlagak jadi doktor pakar lah kejap. Boleh?

Pertama kali, jom tengok prostat tu ada dekat mana. Lihat gambar


sila fokus pada prostat okeh jangan tengok benda lain. sekian


Nampak tak prostat tu kat mana. ye betol dekat alat sulit lelaki dan ia meneluputi saluran air kencing dan sperm. so penyakit ni serang lelaki sahaja. Perempuan sila happy sekarang.

Fungsi prostat ni adalah untuk mengeluar kan cecair pelincir atau lagi best kalau panggil air mazi. konfem la semua orang paham. hahaha

Kanser prostat ni jenis yang slow growing. makna kata dia pelan je membesar kat situ, sedar2 aje pesakit tahu kena kanser pada tahap yang dah bahaya dah.

Kanser ni cenderung meyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tapi yang muda-muda ni jangan lega cepat sangat kalau korang tu perokok tegar dan tak jaga pemakanan.

symptom kanser ni pulak, sukar buang air kencing, kencing berdarah, dan kencing tak lawas. Kanser di berdasarkan genetic tapi ade jugak yang takda genetic kanser ni pun leh kena jugak.

Lame-lame prostat tu membengkak dan membesar. tu pasal la berlaku kesukaran baung air kecil.

Bila dah serius penyakit ni mula effect pada tulang belakang dan buah pinggang.

Apa yang dinasihatkan pakar untuk mengelakkan penyakit ni adalah gaya hidup sihat. Tipikal kan tapi itu la yang sebaik nya. senaman jangan lupa.

Rasanya dah cukup kot info pasal Kanser prostat ni. Ape apehal korang google la ek, jangan tanya aku hahaha

*serius rasa lain buat entry kesihatan ni



Sunday, June 26, 2011

lover kau kol bape kali sehari???

Assalamualaikum..

Hah..bace ini..

A : weh kau tahu tak SAYANG aku call aku 3 kali sehari , love of my life (sambil buat muka minta kaki)

B : oh really ? lover aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)

A : bestnya , banyak credit lover kau ?

B : taklah ni connection wire-less

A : (muka tak puas hati) hmm .. pukul berapa dia call ?

B : SUBUH , ZOHOR , ASAR , MAGHRIB and ISYA' . nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu . Masa Dhuha pun ada .

Paham ka tidak??? Jangan ada yang makan dalam sudah ..

Tuesday, June 21, 2011

check barang-barang dan tips temuduga...versi me_nazri har har har...

Assalamualaikum..


Har har har...

Tetiba je gelak kan. Meh bace sini [sperma. bukan entry lucah]. gerenti korang gelak macam aku har har har

Esok aku akan bertolak ke Melaka. sebelum subuh rancang nye. Kenapa? bace la sini kalau nak tau. har har har

Okeh. aku ada interview kerja. <--- cakap jugak


Jadi meh la kita ramai-ramai wat spotcheck sebelum bertolak esok kan. Kalau ada barang tertinggal jenuh la mau patah balik amek. har har har

Fail resume sume dah siap ke belum? ---- sudah bos. memang dah siap awal-awal lagi hehehe

Baju nak pakai esok dah gosok ke belum? ---- belum. pasni aku buat la. dah ade pun atas seterika

Slide yang dorang mintak tu dah siap ke belum? ---- dah siap. cuma tinggal sikit nak last touch up hehe

Kasut dah kiwi ke belum? ---- tak payah kiwi. kasut aku tu memang tak boleh dah nak kiwi.

Kuku dah potong ke belum? ---- tak payah kut, cantik lagi nih.

Dah berlatih speaking ke belum? ---- habes satu album metallica aku nyanyi. mesti boleh. yeah yeah!!

Jerawat sume dah hilang kan ke belum? ---- ko jangan sebut pasal jerawat boleh tak??..

Entry untuk esok dah siap kan ke belum? ---- har har har tu lagi la sudah...


Abes sudah cek semua barang.

jadi jom la tengok TV har har.. bersenang lenang lagi kan..

Tips temuduga nye mne?

kan dah cakap kat atas tu. 2 dalam 1 la bro

har har har...

mode: berdebar. Bismillah..

orang kaya dan pemandu yang bengap...

Suatu hari ada dua orang kaya giler sedang berborak di Cafe House, sambil bergosip pasal pemandu depa...

Orang kaya 1 : Hei, U tau tak, pemandu i nie bodoh giler tau tak! Kalau U tak percaya cuba lihat nie.
Terus dia panggil pemandunya si Hakim...

Orang Kaya 1 : King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Lamboghini.

Hakim pun jawabla dengan sopan,
"Baik puan! Saya belikan! " Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya 1: Nampak? Apa i cakap....dia buat betul-betul... ha ha ha

Orang kaya 2 : Haha....itu belum apa-apa, U nak tengok, pemandu i lagi teruk dari itu... Biar i tunjukkan pada U.

Terus Orang Kaya 2 memanggil pemandunya Syuaib.

Orang Kaya 2 : Syuaib, pergi ke rumah i jap, cuba lihat sama ada i ada kat rumah ke tak ?

Syuaib : Baik puan yang bijaksana....

Dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya 2 : Nampak apa yang i cakap kan? Dia tak de otak nak fikir pun, mana boleh i ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa...ho ho ho ho....

Tak berapa lama kemudian, kedua-dua pemandu itu bertemu di jalan,

Hakim : Ehh ko tau tak? ...Bos aku tu bodoh betul la...Tah macam mane la boleh jadi kaya gedabak gitu....Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli Lamboghini kat kedai kereta, mana boleh?? Ko kan tau kan sekarang kan hari raya... Semua kedai kereta tutup!!

Syuaib : Ko fikir boss ko bodoh ke? Boss aku lagi bodoh!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, nak tau dia ada kat umah ke tak... Tak ke bengap tu namanyer!!.....Padahal dia kan boleh check sendiri...telefon je la ke rumahnya!! Kata kaya! hadoi...

Moral - Jangan suka kutuk orang.....takde sape pun sempurna kat dunia nie...

peace yo.... copy dari sini..Pembawa Wacana ku

Monday, June 20, 2011

Jangan Kau Pergi

jom layan

tak mau jiwa kacau okeh


Jangan Kau Pergi



Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh


Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi


Download sini



panggilan interview...

Assalamualaikum...


Disuatu petang yang agak aman damai (sebab anak buah aku yang paling kecik tu dah tido), aku tengah main game PSP ni tetiba handphone aku berbunyi. nombor asing nih. Tah sape-sape la salah kol aku ni. Tapi no cam bese nampak

me_nazri: hello assalamualaikum
unknown: Hello buleh saya bercakap dengan en.**** **** a.k.a me_nazri
me_nazri: ye saya
unknown: En. ada mohon kerja di Kolej RISDA kan? Saya nak jemput encik untuk interview hari rabu depan (incoming rabu) encik baloh datang ye?
me_nazri: haaaa....(terpinga-pinga jap) ok buleh...mesti buleh punye (sambil mata masih mengadap PSP)
unknown: $&* dikehendaki ^&*^^&*^((&*&^&.. saya bagi tajuk sekarang ye..
me_nazri: erk!!!

gile laju orang ni cakap, xda nak brek2 dah.. sedar-sedar je dapat dah tajuk suruh present.


Photosynthesis


mintak kerja jadi pensyarah, so kena la mock teaching nanti kan.

Tengah boring siapkan slide mengajar, jadi kita update blog la kan. lalalala

Masih tak tahu lagi jalan nak ke KOLEJ RISDA ni hmmmm....




Sunday, June 19, 2011

super SUN-day


today is sunday

sunday is holiday

i want to get out

i look outside

cloud started to accumulate and dense

i want to get out so badly

but what to do

i only have motorcycle with no roof

if it raining i get wet

so i sit tightly in font of television

doing nothing but watching Maharaja Lawak

Again and Again




Thursday, June 16, 2011

Astro First penyebab cetak rompak?

Assalamualaikum...


Betul ke ni? Astro First penyebab cetak rompak?... Korang tau tak Astro first tu ape? Kalau tak tau jangan duk kat Malaysia la hahha....

Astro First adalah aplikasi berbayar dari Astro yang membolehkan kita tengok wayang terbaru dari rumah aje. Tengok kat TV la. Pastu kita boleh rakam dan cetak banyak-banyak dan jual. Hah? Apakah?

Ini betul la. Cuba fikir. Kita tengok wayang tu kat rumah, TV kita, rumah kita, kalau kita rakam pun cerita wayang yang baru kuar tu, siapa yang tahu betul tak. eh aku bukan ajar korang jadi lanun cetak rompak keh..aku bagi tau je...

kalau orang macam aku boleh fikir, apetah lagi lanun-lanun diluar sana, betol tak?


*aku buat entry ni sebab aku nampak lambang astro first kat DVD cetak rompak yang kakak aku beli. cite 'Kongsi: Lu Langsi Lu Mati'. Cite ni tak best. sekian

Sunday, June 12, 2011

tahniah terengganu

Assalamualaikum...


oh yeah


perlawanan akhir piala FA 2011

malam tadi

Terengganu juara

Oh yeah


kenapa ko gembira? ko bukan orang Terengganu pon...

suka hati aku la, lagi pun aku belajar sana. kalau kelantan lagi tak da kait ape-ape pun ngan aku...so Terengganu is mah choice... oh yeah




Friday, June 10, 2011

lokasi konsert akhir AF9 depan masjid???

Assalamualaikum....


Tadi masa tengah blogwalking nih, ternampak pulak satu tajuk entry dalam blogger nih (sini). Pasal lokasi konsert akhir AF9 nih yang dekat dengan masjid. hoh! dengan pantas aku meng-google perkara tersebut. dan ada beberapa carian yang menyebut hal yang sama. dari blogger jugakla yang concern pasal benda ni dan buat entry pasal benda ni.

Ada dua blogger yang dah up kan pasal benda nih. Ade 3 sebenarnya, tapi tak boleh nak masuk pulak.

kat sini

cik jari tembam

suratan kebetulan



dari entry 2 blogger tersebut, konsert berkenaan di buat di Putrajaya. Well kat putrajaya tu ada 2 masjid kan. aku rasa yang ni masjid besi. Tengok dari design dia la. dan ia hanya 500 m dari masjid tu. Dekat kan? Tak dekat ke. bagi aku dekat sebab kawasn tu kan lapang. kalau kawasan lapang ni 1 km pun dekat dowh.


Kenapa ek ASTRO pilih lokasi macam ni? Macam Malaysia ni kecik sangat sampai takda tempat lain yang lagi sesuai ke. Memang la acara bermula selepas Isyak tapi tu kan masjid. Tempat suci kot. walaupun 500 m tapi kesucian kena la jaga walau macam mana pun. Sekali bah datang, menuju puncak la...

Kat bawah ni ada gambar yang aku copy-paste-upload dari blog mereka.















:)(:


Link

Monday, June 6, 2011

jom tukar link blog suka sama suka







jom la join same-same kat sini...

lagi ramai lagi meriah ape

:)(:



anwarcctv lawat blog aku....

Assalamualaikum..


Baru balik dari Terengganu semalam. Penat-penat. Jalan kat karak tu memang jem habis la. lagi-lagi kat genting sempah tu. ada la beberapa kejadian eksiden yang tak diingini...

Dah kecoh kan yang pasal video seks anwar tu dah tersebar pulak dalam Youtube sekali lagi. Kali ni versi yang disunting siap ada lagu lagi tu. Pagi ni aku bukak blog. aik ade pulak blog yang pasal video seks ni melawat blog aku haha.. adeh~

kalo korang tak percaya tengok ni...




percaya tak? jangan korang pergi klik pulak ek huhuhu


ape kejadah la semua ni


Friday, June 3, 2011

cara best untuk mengelakkan selipar anda hilang lepas solat jumaat

Assalamualaikum...


Salam jumaat readers semua. Dah balik solat jumaat ke belum? bagi yang lelaki aje la. Kalau bercerita pasa; solat jumaat ni memang popular la cerita pasal selipar yang hilang kan. Agak nya sape la yang tak pernah hilang selipar lepas solat jumaat kan. tak kurang sape la yang tak pernah nak kebas selipar orang lain kalau selipar sendiri dah kena curi kan hahaha...

Ramai yang amalkan skil lama untuk mngelakkan selipar hilang ni macam
  1. letak selipar dalam pasu bunga
  2. letak pasangan selipar tu jauh-jauh
  3. parking selipar paling jauh dari selipar yang lain

Sekarang meh aku nak bagitahu macam mana tanak kasi selipar hilang lepas solat jumaat. kira ni skill terbaru la...


Pakai selipar yang paling buruk yang korang ada. dengan cara ni pencuri selipar mesti takan curi punya la selipar camni. nak lagi best pakai selipar yang dah nak terputus. kalau kena curi pun tak la rasa menyesal sangat kan.haha.. Tapi, kitakan disunatkan pergi ke masjid bersolat jumaat dengan memakai pakaian yang cantik-cantik dan wangian kan. selipar tu sebahagian dari pakaian tak hmmm....


Pakai selipar lain-lain warna. sape sangka kan ada orang datang pakai selipar macam ni. susahla sikit pencuri tu nak cari pasangan selipar tu..ye tak? bernas tak? haha



Datang pakai terompah. kalau datang pakai ni confirm la sebatu lagi dah tau dah sape nak datang. kalao kena curik jugak cepat je kita boleh detect sebab bunyi dia tu kan kuat.


datang pakai selipar warna PINK. okeh yang ni no komen la. confirm pencuri pun segan nak curi nye. jangan la pelik kalau lepas ni masjid tu penuh ngan selipar pompuan di waktu solat jumaat.


Kalau semua diatas tak berjaya. korang buat macam ni jela. abes cerita

jangan hilang anak kunci tu sudah la


Biarlah, kita anggap sebagai sedekah saja kepada orang yang mengambil selipar itu. Mungkin dia yang lebih memerlukan selipar itu. Siapa tahu dia ada kemudaratan dan masalah yang memaksanya mengambil selipar itu. Mungkin juga orang meminjamnya untuk ke tandas dan bilik air pastu letak kat tempat lain tu yang tak jumpa tu

lagi satu kalau selipar sendiri dah hilang jangan la pegi curi selipar orang lain pulak. dah berangkai jadi nya. Baru lepas solat jumaat kot, takan nak buat dosa dah ...

Saturday, May 28, 2011

random status: RIP

Assalamualaikum...



Current status: Rest in Peace

..oi bukan mati la, cuma berehat secukupnya untuk menghadapi minggu depan.


Actually minggu depan nak pergi Terengganu. Bukan melancong tapi rombongan khawin and amek sumua barang-barang yang tertinggal kat sana tu. Okeh tak sabar.





*tengah fikir nak buat Contest tapi tak ada idea nak buat yang kreatif punya. First time kot.

Friday, May 27, 2011

keje part time

Assalamualaikum...


adoi letih kerja part time nih. Last week aku start kerja part time as

~House keeping~



korang gelak ek. hahaha. dah boring sangat duduk rumah ni. menghabiskan beras aje baik aku keje, ye tak? At least dapat la jugak duit pocket, kumpul-kumpul untuk beli Balckberry huhu...

Penat oi kerja House keeping ni. First day aku dah kena kerja sampai pukul 7 petang punch out jam 7.30 petang. House keeping department pun dah sunyi sepi masa tu, tapi aku still kerja, apakah? nak cari duit lebih tak beragak.

So meh aku cerita profession aku sekarang ni sebagai 'Part Time House Keeping'. Aku kerja kat hotel 'Grand Bluewave Hotel' Shah alam. So ulang alik aje la dari rumah kat Padang jawa ni naik moto aku tu.




Skop kerja aku adalah menolong 'permanent' house keeping kat hotel tu. Masa sekarang ni hotel tu menerima kumpulan yang nak buat function la, seminar la, so dorang kena kerja cepat2, kemas bilik cepat-cepat sebab nak menampung permintaan. Masa-masa macam ni la Part time house keeping ni di perlukan.

Sebab ape penat? Anda perlula bergerak sangat laju dari yang biasa anda gerak dengan kualiti kerja yang terbaik, kemas dan bersih serta mengikut piawaian. Skema tak hehe.. sebab tu la penat siket eh silap BANYAK... Aku ni dah la gerak slow motion aje, tetiba nak gerak laju-laju ni, mau tak longgar sume tulang temulang eden..huhu..

Apa yang bestnya kerja kat hotel ni? Makan free kerja penat. okeh tak sebagai kesimpulan huhu


Tapi tak apa, bukan tak biasa penat kan, dulu pun lagi teruk punya pun ade (tak mahu cerita huhu)....

Okeh hari ni part timer tak di perlukan so aku cuti la, boleh la update untuk korang semua huhu



Tuesday, May 24, 2011

random status: cough throat

.
.
.
.
.
.
.
currently under cough throat
.
.
.
.
.
.
.



so how cough throat can happen?

actually cough is important event to make sure a airways clear.

But under excessive cough one may caught in diseases and disorder

Cough can be either DRY or PRODUCTIVE (with mucus).

Mine is PRODUCTIVE. T_T

Prevention:

  • Don't smoke and stay away from secondhand smoke.
  • If you have seasonal allergies like hay fever, stay indoors during days when airborne allergens are high. If possible, keep the windows closed and use an air conditioner. Avoid fans that draw in air from outdoors. Shower and change your clothes after being outside.
  • If you have allergies year round, cover your pillows and mattress with dust mite covers, use an air purifier, and avoid pets and other triggers.

Read more here

Take a short diagnose chart here
iam done it and it say, mine is caused by cold condition and maybe i get flu.
i strongly agree that cold condition is a cause for my cough throat
i have been on aircond treatment for more than 5 hours.. *sigh



Friday, May 20, 2011

pet baru..bukan pet-pet ek..

Assalamualaikum...

salam jumaat readers. Past 2 month, aku mula aktiviti bela-membela ni. Bukan bela jin atau penunggu gunung raya mahupun anak ikan mak. Tapi membela ikan.

Semua ni berpunca dari kawan serumah aku la yang gila ikan dan memancing ni. Aku ni mane la tahu erti keseronokan memancing yang bosan okeh. And then satu hari dia pergi membeli ikan laga. aku teruja jugak tengok ikan laga dia tu. Alih-alih aku yang terikut sama cis... beli la aku ikan laga pertama aku dalam hidup. Kecik-kecik aku mana main ikan laga ni. haiwan-haiwan ni aku tak main la. Tak suka. tapi tu masa kecik la. skang ni orite je.... jom usha gambo2 kat bawah ni. Tenet slow penat nak tunggu dia upload. Grrr...


Aku ada 2 species ikan laga ni

Betta imbellis

ada kat tenet panggil 'peaceful betta'
tak tahu la nape panggil macam tu. mungkin sebab dia baik kut berbanding ikan laga lain dan yup memang dia sangat peaceful. Bila nak mengawan tu memang dia tak gaduh dengan pasangan dia. Species ini adala species liar (wild type)

yang ni dah jadi arwah sebab kene panjing ngan cicak masa jaga anak dia



Betta splendens

yang ni pulak ada la keluarga betta yang ada ekor sangat menawan. dan sebetulnya semua peminat ikan laga akan membela dari species ini dan dari ekor dorang yang menawan ni la yang membezakan ikan laga ni satu sama lain.
Ada banyak kategori ekor dia

half-moon
crown tail
double tail
plakat



dan family terbaru untuk pet aku adalah ikan Guppy
tengok macam senang aje nak bela ikan guppy ni so aku try aje la

ikan guppy ni baru 5 hari aku bela dah mati 2 ekor...
ingat nak tambah lagi la ikan guppy ni huhu