Sunday, November 25, 2012

perangai macm tu dan macam ni part 2

Aik ade part 2 pulak...

Macam twilight saga breaking down part 2 pulak kan... cepat la masuk gaji tu, nak pergi tgk wayang ni..

Baidewei, back to our main topic, recently dah byk sangt jumpa manuia bersikap pelik, berego tinggi, tak makan saman.. nyepak nak~ mode geram...

Housemate..
Macam yang korang semua tak tahu, aku duduk berdua ngan hosmate aki sekrng. Dipendekkn cerita, dapt housemte baru. D* m~ tak berkenan sunggh perangai bukan mahu kata diri ni perfect bk prefect skoloh. Tapi memang perangai tak molek. Dah kat tempat kerjs bayk masalh dah. Balik umah ngadap dia pulak. Ish. Aku mmg wat taktau je kat dia. Mase memula nk masuk ade ckp pembersih la bagai sekali tengok adoi la. Tak tau nak kate ape. Sebab kate pun tak makan saman jugk.

Kawan..
Ni satu lagi pesen kawan aku yg sorng ni ego melampaui puncak gunung everest. Abis sume orang dah sekarang cakap belakang pasal ko. Ape yang ko buat sekarang dah tak betul dimata orang sekeliling ko. Aku ni malas nk amek port sebab ko tu lagi tua dari aku. Patut nye ko tu lagi matang ler dari aku ni. Ikut kan hati mahu aku siku keple ko tu. Ikut hati mati babe.. pandai- pandai hidup la. Jangan gah dalam berkata- kata...


Sekian sesi meluahkan cas negatif...~
Published with Blogger-droid v1.7.4

perangai macam tu dan macam ni

salam readers...

Hohoho... dah lame sangat kot tak update blog ni. Sorila, recently kat office tak boleh nak login ke blogger. Kenapa ek? pelik jugak. Nak kata kena blok, blog lain boleh pulak bukak.

This one, i baru je install bloggerdroid apps kat my tablet. hehehe... Tablet ok, bukan galaxy note or apetah lagi i-pad..

Geram dengan perangi orang sekeliling... nanti i cerita.. sekaran jom sarap dulu..

from rumah sewa pajam ~ bloggerdroid
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 6, 2012

coming upright - air panas sungai klah

salam, hye readers. oooohhh...dah lama sangat ko tak update blog ni. konfem la bersawang. Ni pun curi-curi masa rehat tengah hari ni nak update sikit. Kurang la bersawang sikit blog ni. Komputer aku masih rosak, wifi pulak tak ada. So malam-malam mati kutu tak tahu nak buat apa.

Eyh... hujung minggu ni nak ke Air Panas Sungai Klah. Biasa la cuti cuti diwali ni.

ni la trademark dia.. sotong gergasi


hujung minggu ni... :)


Sunday, October 28, 2012

sembahyang raya pukul berapa?

Salam readers. amcam cuti raya korban ni? Jangan sampai korang lak yang terkorban makan daging banyak sangat sudah la.

Aku macam biasa je. Balik Shah alam aje la. Ni je la kampung yang ada. Tempat untuk kembali. Tehee.

Senang la balik Shah alam ni tak payah nak susah-susah beli tiket. Pastu jem pulak tah berapa jam pulak. huhu..

Eh korang pergi tak solat raya korban masa hari jumaat tu. Aku tak pergi pun. Boleh tak nak cakap macam tu.huhu. Yela, boleh tak, kalo tahun-tahun lepas, solat raya kan dalam 8.30 pagi camtu kan. Tempat korang pun sama kan.

Tapi, bila aku dengan famili pergi masjid tuk solat raya, masa tu dalam 8.10 pagi camtu la. Kami sampai jemaah semua dah balik la woi.. Masa mula-mula tu memang pelik la. Lepas dah tinjau-tinjau dari dalam kereta, memang sah dah balik.

Lepas tu, berkejar la kami ke masjid Seksyen 16, semangat tu. Sampai sana je. Belum mula lagi solat nya. tapi dah tak muat la, sebab masjid tu tengah renovation. So, solat raya nye pun dia buat open air. Dah penuh, eh jom try masjid negeri pulak.

Sampai masjid negeri, mak hoi...lagi ramai orang weh.. melimpah ruah. Tengah nak cari parking, tup2 dah solat la pulak.. OK bagi signal ke kiri, kita balik sekarang. Tak ada rezeki tahun ni, tak pa la. OTW balik tu singgah pulak masjid Seksyen 18. Saja nak datang tengok walaupun tahu memang orang semua dah start solat.


Masjid Padang Jawa >> Masjid Seksyen 16 >> Masjid Shah Alam >> Masjid Seksyen 18 >> BALIK!!


Dengar2 cerita masjid padang jawa ni dia start solat pukul 7.40 pagi. Haru biru dibuat nya.


Salam aidiladha guys ~ : )




Monday, October 22, 2012

Anak, Ayah dan Doktor


Sekadar perkongsian...


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"Sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang.. Jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..?? Kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi & berkata :

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci "drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali".. Doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam.. X lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"Alhamdulillah..anak anda selamat..!", dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah. "Kalau kamu ada sebarang soalan.. Kamu boleh tanya jururawat..!"

"Kenapa doktor 2 sombong sangat..?! X boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!", komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.. Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik.. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.." -Terbakor


Tuesday, October 16, 2012

penat

catatan hari ini...

satu perasaan yang biasa untuk hari yang biasa...

hingga peluh menitis

hingga nafas terasa lelah

tak tahan rasanya menaggung rasa

aku penat

Monday, October 15, 2012

makan murah..berbaloi-baloi la

Salam readers. Happy working on monday. Jangan malas-malas la yeee....

Tengah hari ni keluar dengan workmate makan lunch. Cafeteria kontrak kat company ni memang cam tak cukup kasih sayang je masak. Setakat nak kenyang boleh la, nak sedap-sedap memang tak lah...

Kami makan di kedai nama dia 'Hoolahoot' sebut sambil menyanyi... haha. Sori la takl dapat nak amek gambar dia. dah google pun tak dapt jugak. Dekat taman semarak nilai ni je. Tapi kat ke dalam siket.

Murah woooo....wa cakap sama lu. Eh aku kena RM 4.50 aje, sekali dengan air. Kalo kat luar tu mau RM6. Banyak mana aku makan? Agak-agak lelaki makan banyak ke sikit.? hehe...

Kawan aku cakap...

"Boleh dah ikat kontrak ngan kedai nih... murahhh"

Ayoo... agak-agak la hari-hari nak makan sini. Pokai den. Sekali-sekala boleh la.

Daa~

Wednesday, October 10, 2012

2 jam yang lama

salam...

Hey budak-budak office ni memang dah gillos. Petang-petang ni dah la mengantuk, budak-budak ni wat lawak whatsapps la pulak. Cuba kome cakap 'whatsapps' laju2 dalam bahasa kelantan. Tak ke bunyi dia cam..... hahaha

2 jam lagi sebelum balik kerja ni. Yup gua balik jam 6 petang. Tolong la kasihani gua yang balik jam 6 petang nih.

Eh. jom kerja... Bila nak balik nih~

Tuesday, October 2, 2012

Benda yang anda tak boleh buat bila anda berkaca mata


Salam readers. Good morning moga sihat selalu…

Hehe…ayat intro macam pengacara MHI hendak nya.. haha 

Aku rasa dah semakin rimas pakai cermin mata ni. Tambah merimas kan bila aku tengah sembahyang ada budak-budak berlari pastu pijak cermin mata aku. Sedih. Menitis air mata masa tengah sembahyang. Tok imam tengok ni boleh terus jadi menantu haha…

Baidewei….

 

Anda tak boleh memakai cemin mata hitam

Sedihkan. Menitis air mata lagi. Of kos la tak boleh nak pakai cemin mata hitam. Sebabkan dah pakai cermin mata untuk rabun tu. Tak kan nak pakai cermin mata double pula. Tak dapat la gua nak bergaya sambail memandu kereta dengan gaya, mutu dan keunggulan..~

 
Heh gua jumpa Fizo Omar kat highway PLUS…hehe
 

Tak boleh nak buat aksi acrobatic

Hahaha… maksud aku tak boleh nak bersukan ganas-ganas. Erk! Cam lain pulak bunyi nya hehehe… aku maksud kan bersukan di taman okeh. Yela even nak pumping pun terpaksa buka cemin mata. Nak sit up, jogging 10 pusingan. Tapi gua tak buat pun semua tu hahaha…

  
 
Pandangan dah tak seluas dulu…

Yela, ape yang dalam cermin mata jela kita Nampak yang kat luar, confirm la kabur. Boleh jadi eksiden wooo..  Silap hari bulan jatuh longkang depan awek. Setahun kena bahan dengan kawan-kawan tu… ish3

  

Kena cari contact lense la gamak nya…

Monday, October 1, 2012

monday fever..

salam readers.

Dah petang, kejap lagik dah nak balik. Best nya.

Seriously tak bersemangat nak bekerja hari ni. Malam tadi pun tidur lewat sebab tak mengantuk kot. Entah le. susah sangt nak tidur. Akhirnya end up habiskan separuh novel 'Penunggu Cinta' agak takut la bila kadang-kadang terdengar bunyi dari dapur huhuhu...

Paksa diri untuk tidur. dan akhirnya bangun pagi awal pulak.

haish~~......

Saturday, September 29, 2012

nak masak apa dengan cencaluk?

demi cinta dalam hati mu~

semangat tu siap nyanyi lagik...hehhe.... happy weekend readers. Kekenyangan malam tadi makan nasi ayam terus tertidur bila baring atas katil.

Semalam bawak balik CPU komputer yang lembab tu untuk abang aku check2 apa yang patut. Last2, find out that yang rosak adalah harddisk. Mau 2 3 ratus tu kalau nak ganti. hmmm....dah sampai harga macam tu, nak aje aku angkat tablet PC sekarang jugak.

Lagi pun aku duduk umah sewa so, travel light la kan. Mudah bila nak berpindah randah nnti. Hey rumah takada air la pulak. padahal tadi ok je mase basuk kereta...huhuhu sabo jela~

jom layan master cheft! nak masak ape dengan cencaluk weh....

Friday, September 28, 2012

komputer rosak, nak beli i-pad la

 salam readers.

hola. dah lame sangat since my last entry kan? hmmm...berape bulan ek..huk huk huk *batuk.. banyak sawang dah blog ni. hantu bertenggek pun ada kot.

My PC rosak recently dan broadband pulak kena potong. Habis terputus hubungan dengan dunia siber kejap. Facebook harem la nak berupdate apatah lagi update blog kan. Handphone lak tahap baling anjing pun mati. so memang la sangt nye tak leh online. Berderetkan alasan. tapi alasan mals tetap la tak letak kan hahaha...

Since komputer dah rosak+lembab, terfikir lak nak beli i-pad. kalau sekadar nak online facebook and update blog tu rasa nya dah ok kot guna i-pad. ala sekadar beli tablet PC aje. tak la sampai i-pad apple tu huhuhu.. tak mampu gua...

Eh bos datang chow dulu.... :)

Friday, August 17, 2012

keinginan


inagin kembali semula ke arena ini

tunggu la selepas raya.
first update after long holiday
will be definately hari raya celebration

baidewei


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, May 1, 2012

1 May...

Assalamualaikum readers. Hepi holiday on labour day..ewahh.. hihi. Cuti kan hari jadi harusla ada mood sedikit gembira.

Just this morning my housemate yang bercuti 2 minggu dah pulang ke pangkal jalan rumah sewa ni. Tak la boring duk umah sewa ni. Actually hari ni ada plan nak pergi ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC nu. Tapi disebab my favorite author punya new book tak release hari n. so cancel je la. Kecewa kot. tah bila nak release. Dengar khabar dalam minggu ni jugak. Plus ada yang kata tak. Ini la buku dia.




Eh..ok.. tad mase bukak fanpage dia kat facebook sebab nak cilok pic kat atas. Ada update yang dia akan release ahad ni 6 mei... wallawei..weekend pulak mesti sesak, tambah-tambah hari last pulak tu huhuh...



Sunday, April 22, 2012

boring sunday....

salam readers....tak puas rasanya cuti tiap weekend ni. Nak weekend 3 hari boley tak???. Busy melampau dengan hal2 kerja sampai tak menyempat nak update2 pasal kawan2 dan hal2 lain.

Jumaat lepas lepas balik kerja rasa penat melampau. nak mandi pun rasa lesu je. Last-last tertidur lepas solat dan bangun jam 3 pagi. Lapar belum makan malam rupanya. Akhirnya makan donut yang beli pagi tadi dan air kosong. sambung tidur balik.... sadisnya~

Housemate pulak balik kampung 2 minggu, jadi rumah sewa sangat la sunyi tanpa suara bervokal tinggi dari beliau. Ini menambahkan kebosanan hingga ke tahap maksimum....aish~

Tadi petang baru balik dari shah alam. Ingat nak hang out dengan kawan mase kat shah alam tapi dia lak balik kampung kat pahang. huhuhu... ape la nasib. 

bye~

Monday, April 16, 2012

summary hari ini

salam readers, how r u? iam cool... haha.. tak ada yang bertanya, tetiba menjawab iam cool.. :0

yeah iam cool. Sekarang ni tinggal sorang-sorang kat rumah sewa di nilai ni sebab housemate dah balik kampung cuti 2 minggu... Oh yeaaahhhh..parti liarrrrrr....... hahaha just a joke..

hey hari ni aku cuti sebab cuti umum yang hari rabu tu berpindah kehari ini. Jadi weekend kali dah ade 3 hari..huhu




bangun pagi dengan kelaparan. sebuk je orang nak pergi kerja. aku cuti hahaha


 rumah kosong jadi pasang lagu kuat-kuat dan karok cam hape...

 
tengah hari telah dirasuk 'hantu shopping year-end-sale'... Habis duit :(


Petang layan tidur lepas kenyang.. ular sawa jadi nya...



makanan tgh hari di bawa ke malam, jadi layan tv je..Ape celop!!!



 sekarang dah mati kutu, tak tau nk buat ape.. layan blog..



sekian.
gambar sumbangan google :)



Sunday, April 1, 2012

Bila April tiba...

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Selamat hari ahad. semoga kalian semua sihat walafiat hendak nya. Entah dah berapa banayk weekend kita lalui dan akhirnya tiba di bulan April. Masa brlalu pantas meninggalkan kita yang sebuk dengan duniawi.

Bila tiba bulan April
Teringat kenangan lalu.
Bunga yang terlepas dari genggaman
Layu kering
Terkesan hingga akhir ini.....

Mengharapkan masa mampu memulihkan
mampu memberi harapan baru...


Maaf aku pinta dari kalian yang membaca, sempena bulan baru ni, semoga ada kebaikan dan kegembiraan yang akan datang. Jikalau hanya keburukan, anggap la ianya ujian yang Maha Esa.

lepaskan diri dari penjara imiginasi minda


Tuesday, March 27, 2012

How dare u......

Assalamualaikum...


One week ago.....

Cik HR: hello boleh bercakap dengan En.mohd nazri?
Me: Ya bercakap...
Cik HR: Saya dari G(sensored), nak menjemput untuk hadir sesi temuduga untuk jawatan Molecular Geneticist...
Me: Horeeeyyyyyyy (dalam hati je) 


On a promised day, which is today....

Dengan muka penuh keyakinan dan senyuman melebar, aku masuk ke bilik temuduga. Bersalam tanda hormat. Interview berlangsung dengan baik dan ok2 saja. and tiba-tiba...

Interviewer: Are you willing to relocate.....to Indonesia, Sabah, Sarawak..?

Me: (Long pause sebab kepelikan. Keja lab pun kena relocate ke?) Yeah, but only for a short time...about 1 month long.

Interviewer:  Can you blend into our work nature... going into site, taking sample...

Me: (Long pause. kepelikan lagi) Sorry, iam interview for what post eh?

Interviewer: Research executive....

Me: But i got phone call last week, the invitation for today interview session is for molecular geneticist?   

Interviewer: (Tiga-tiga orang terkejut. Long pause)

Me: (aku rasa diri aku telah ditipu. Kecewa. Very long pause)


Panggil untuk interview post lain, masa interview post lain. Seriously aku sangat kecewa dengan company G(sensored) ni. Cukup la aku dah tak nak dah interview kat compony ko ni. Jangan suka suka nak tipu orang macam ni. Ingat aku ni fresh grad korang leh wat suka hati camtu. 

Lepas tahu tu, ada la dorang nak pujuk aku untuk terima je jawatan research executive tu. Tapi aku dah kecewa beb. Nak je aku cakap...

'Can we just end this session. iam disappointed.'

How dare you...


Sunday, March 25, 2012

Sunday...

Assalamualaikum....

Happy sunday. dah nak habis hari ahad baru nak ucapkan. huhu. Al-maklum lah balik ke shah alam weekend minggu ni so tak boleh mahu update. Dah 2 minggu kot tak update blog neh.

Sepanjang petang nih, orang habiskan masa dalam komuter aje. Dah kecewa sangat lah dengan komuter neh. Delay bukan main. Tapi what to do we have no choice. Kalo tak nak balik naik apa pulak kan. Sabo je la~

Tak ada ape nak update pun just refresh sbb dah lame tak update. ok la happy sunday esok kerja... :)

Gambar masa kat KL sentral tadi. Siap duduk lagi tu tunggu komuter.

Monday, March 19, 2012

Terkandas....bengang!

Assalamualaikum & selamat sejahtera


Sentap sekejap dengan tajuk entry. Tapi itu lah yang berlaku. itu lah yang ku rasa. Kisah nya.....

Weekend yang lepas yakni hari sabtu dan ahad, aku pulang ke shah alam sebab omak den sudah bertanya-tanya bilakah anakanda mahu pulang. jadi ku pulang ke kampung halaman, eceh!... Aku pulang dengan komuter sebab minggu yang lepas-lepas den sudah pulang dengan naik motor tapi lepas tu rasa menyesal pulak sebab ponat yang amat.

Den dapat naik komuter  yang baru. rasa kagum sebentar sebab sangat bagus la ini komuter baru. Benda baru kan sume pun best la huh! Siap ada tayang Tom n Jerry lagik.


Bengang bermula apabila:

Bengang 1: Komuter yang den naik dari KL Sentral ke Padang Jawa tetiba lak break down kat stesen Shah Alam. Bengkek tak. Gus mahu balik cepat tau ngak....Gggggrrrr... segera gua kol ayahanda gua suh amek. nasib baik la ayahanda gua pemandu teksi kebetulan ada dekat-dekat stesen shah alam tu.

Ini lah suasana masa kat Stesen Shah Alam. Lemah!!!


Bengang 2: Lagi sekali gua naik komuter baru. Dan sekali lagi dia break down dekat stesen Salak Selatan. Apakah ini? Den baru aja memuji komuter baru itu, sekarang mahu den mengutuk pulak ker? Sila jawab wahai KTM berhad. Yang ini lebih bengan sebab penumpang semua sudah berpeluh-peluh dan semerbak haruman pun tersebar.   



Itu dia komuter baru  yang terkandas...

Suka tak?????.......

Tengok betapa banyak manusia terkandas....

Gambar ni yang paling aku suka. Menarik.


Pengajaran yang den dapat dari peristiwa ini:

1. Tak payah nak percaya sangat jadual perjalanan komuter neh. Bohong belaka.
2. Kalo nak bertemujanji sain kontrak berjuta-juta jangan naik komuter, confirm lewat sampai.
3. Bersabar itu lebih baik dari menyumpah seranah... :) peace...


Den dah tak percaya kat komuter, titik!


Saturday, March 17, 2012

Spirit...


Whenever i feel down, there is one thing that i am absolutely very sure. I will rise again to be a better person

"What does not kill me, makes me stronger"


Sunday, March 11, 2012

Perfect Two - Auburn

Perfect Two - Auburn




You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'

Chorus
Don't know if I could ever be Without you
'Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie (pie)
You're the straw to my berry(berry)
You're the smoke to my high (high)
And you're the one I wanna marry (mary)

Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

 You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

Chorus
Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 3
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya (no, no)
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah)

Hujung Minggu penuh bermakna.

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat berhujung minggu wahai sahabat alam maya semua. Since bekerja di tempat yang baru ni everyday aku rasa penat. Kerja dari jam 8 pagi sampai 6 petang. Biasa sampai jam 5 aje, kali ni sampai 6 petang. Memang la tiap-tiap hari jam 5 petang tu dah lunyai dah. Bateri dah abes. hahaha...

Semalam pulak, sabtu, terpaksa OT. What to do, kena habiskan training sebab minggu depan trainer tu nak balik kampung. Tinggal lah aku minggu depan dah ada kerja yang lebih mencabar. Masa OT tu datang pulak encik supervisor yang memberi kata-kata semangat penuh berwibawa. huhuhu....


Sekarang....


hehehe.. sekarang sedang bersenang lenang sambil menikmati sarapan pagi, milo bancuhan air sejuk, roti potato Giant dan update blog ni la. hehehe.... Pagi tadi lepas subuh sambung tidur kejap. Bangun terus kemas2 bilik. Sibuk bekerja jadi bilik dah tak terurus. kini lebih selesa untuk bersarang lebih lama. :).


Today activity :-

1) Kemas bilik yang bersepah ----- DONE!
2) Basuh baju yang sebaldi tu ------ DONE!
3) Update blog ---------------------- Sedang
4) Jalan-jalan explore Nilai
5) Ready for tomorrow's work
6) Tidur 8 jam umpama bayi :)

- Terasa mahu berenang la hmmmm... -

 

Saturday, March 10, 2012

10 perkara yang aku suka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

1) Cahaya matahari



2) Laut
 

3) Tidur


4) Berenang


5) Tumbuhan

6)Wayang


7)Senyap


8) Masak


 8) Musik


9) Misteri

Sunday, March 4, 2012

Hari ini...

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Hari ini genap lah seminggu aku bersarang di Nilai ni. Telah pun memulakan kerja baru, ditempat yang baru, dibidang yang baru. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun kekok dengan persekitaran yang baru dan tekanan yang baru. sigh~... aku amat lemah kalau menghadapi tekanan. Seriously iam not the one who can say 'YES' all the time.

Hari ini juga aku telah bersusah payah berjimba-jimba di Giant nilai untuk melanggan broadband-maxis macam dulu-dulu masa tengah belajar dulu. huhuhu. jadi sebab itu la malam ni boleh meng-update blog ni. Tapi line ia lemah la pulak~ sangat tak suka....  

Just a quick update... :)

nakupload pic tapi line slow la..ggeerrrrrrr
 

Sunday, February 26, 2012

ku rasa gementar tapi bahagia~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


hye readers... Ku rasa gementar tapi bahagia~

haha, belum apa-apa dah 'cinta muka buku' sangat kan.

Bukan apa cukup lah ungkapan ini menghuraikan apa yang sedang aku rasa sekarang. Esok dah mula kehidupan baru kat tempat kerja baru. Adoyai kalau fikir, fikir dan fikir memang la akan mengeluh aje, so baik la tak fikir langsung.

Now sedang menunggu pukul 2 petang sebab nak lepak dengan kawan2 kat sini before bertolak naik moto. Perantauan betol aku haha. After this mgkin tak boleh nak update sangat kot. Bukan ape rumah baru tu xda tenet lagi, and keadaan bilik cam line tak leh nak tembus aje. So mungkin susah sikit kot. apa-apa pun tunggu dan lihat aje la. Mungkin jalan penyelesaian nya lebih mudah dari apa yang aku fikir kan.

Till then happy sunday. :)

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat pagi

Hey readers. Hari ini sangat suka dan bersyukur :). Mau saja rasanya senyum sampai telinga. Sebab....

Interview hari tu dah ada response positive... oh yeah!!

Yes aku dah dapat tawaran kerja la. Dekat Roycepharma di nilai. :) senyum lagi... Alhamdulillah.

Tapi, interview chemist, yang ditawarkan Quality Assurance aka QA. Keje QA ni apa ek. Aku dah blur nih. Kalo keje QA ni memang la lari sangat dengan bidang yang aku belajar kat U. Tapi tak apa la, Better than nothing. Mungkin tak ada rezeki dengan bidang yang aku minat. Tunggang terbalik macam mana pun, aku tetap bersyukur :) senyum lagi, Alhamdulillah. Weekend ni mula berpindah ke rumah sewa.


-Done with job hunting-


Tuesday, February 21, 2012

Temuduga.

As-salam readers.. semoga sihat dihari selasa ni. semalam hari isnin, kelmarin hari ahad, esok hari selasa, lusa hari rabu, lepas tu khamis, esoknya lagi jumaat dan sabtu. Habis cukup 7 hari seminggu aku greeting anda suma sihat hendak nya. :)

Hari ni hamba nak berkongsi sikit la alkisah pergi ber-temuduga. Ada la secebis dua pengalaman temuduga yang recently aku pergi.


Temuduga 1: R&D Manager at Walet Biotechnologies Sdn. Bhd

Mula-mula dapat SMS dari company nih untuk datang temuduga jawatan cam kat atas. Aku dah ish manager la pulak, pengalaman pun tak seberapa nak jadi manager pulak. tapi takpe la, aku try aje. Lepas tu aku pun google la lam tenet pasal company nih. Tarak! Takde secebis info pun pasal company ni lam tenet. Which means, ini adalah company baru.  Cuma boleh assume la, kalo dah name pun 'Walet', tentu la core bisness dia nih pasal walet jugak. Apekah walet itu? Tekan sini. Disebabkan tak tau nk study apa untuk prepare interview nih, aku pun pergi tanpa baca apa-apa pun. Takat berlatih cakap-cakap tu adalah. Sampai aje, alahai dah jam 10 pagi nape company nih kunci aje nih. Ni aku tak suka ni. Lama jugak la tunggu. Aku dah tawar hati!

Maka nya, interview bermula. Interview ni macam borak-borak kedai kopi pulak. ish2 (geleng kepala)


Temuduga 2: Chemist at Roycepharma Manufacturing Sdn. Bhd

Interview yang ni lain sikit. Bukan lain apa, bagi aku ni interview yang paling selesa pernah aku pergi. Best lar. Dekat Nilai Industrial Park. Pergi dengan abah sebab tak tahu jalan. Masuk aje Federal Highway, habis traffic jam macam nak gila. Nasib baik la sempat sampai, on time lagi. Masuk aje, memang dah ada candidate yang sampai dulu. Kena isi-isi borang dulu. Then, baru dipanggil masuk. Memang susah lah jugak soalan dia. Aku tengok dia cam dah study habis aku nya resume. Semua soalan dia memang serang kat 'blind spot' la. Soalan yang paling best bila dia cakap,


oh awak ada blog?

Cite pasal apa blog awak?

Dah lama dah ada?'

Terbangga sekejap kat situ. huhu. nak je cakap 'Encik boleh la google me_nazri kalau nak tengok' hehe



Okeh sekian sahaja. Harap semua temuduga nih membuah kan hasil.





Thursday, February 16, 2012

Kempunan kueh-teow punya pasal

As-salam readers..

About 2 weeks ago,aku ada keluar ber-hangout dengan classmate masa universiti dulu. Wahh.. cam dah lme lak cite padahal baru graduate last year hahaa... Lepas graduate, bertebaran lah semua classmate aku dengan haluan hidup masing-masing. Mostly tertumpu dekat Terengganu, Selangor dan Melaka. Negeri lain macam takda ja.

Nak dijadikan cerita, kami bertiga nak makan malam dekat Food court Seksyen 2, Shah Alam. Sebab hari tu ada tengok dorang punya flyers pasal kueh-teow. Siap ada makan dan menang percutiaan lagi. Aku ni pulak punya la suka kalau dinner tu makan kueh-teow. Kalo sarap ke, lunch ke memang tak suka nak makan kueh-teow. So bila dah sampai sana, kedai yang dalam flyers tu tak bukak la pulak. Mungkin sebab student UITM cuti kan, so dorang pun bungkus la same. Agak nya la~~...

Then duduk je la kat mana kedai yang buka dan order la kueh-teow. Air sampai dulu. Minum air sampai nak kering dah. Tak sampai-sampai lagi makanan nya. Sejam kot tunggu. Memang kami orang-orang yang bersabar tunggu sampai sejam. Gila!. Terus jela cancel order balik terus. Kempunan la jadi nya...

Esok nya. Kempunan punya pasal...


jeng...jeng..jeng .... 


Hambek ko masak sendiri je hahaha..
tapi tak guna mee kueh-teow la....
Nampak sedap kan (ceh!), orang bujang yang masak. Simple je..


Kat bawah ni sume step dia. Gigih aku amek gambo

 Ni la bahan-bahan dia. 
Bawang besar, bawang putih, telur, sebuk kari, cili kisar, dan non-fried mee


 Rendam non-fried mee lam air panas bagi lembut punya


 Mesin kan bahan-bahan nih


 Tumis sesedap rasa dan masuk kan serbuk kari dan cili kisar sesudu makan... hehehe



 Kendian, telur sebiji kasi pecah sama dia



 Turn mee pulak....


 Untuk lebih pedas, letak kan Cayenne..

 
 Siap sudah.. lupa nak letak sayur
Takpe yang penting kenyang haha


sekelip mata je habis wooo... 
bukan sebab sedap, tapi lapar huhu...
tapi not bad la rasa dia
aku buat mesti la aku puji kan

 :)




Monday, February 13, 2012

Review Filem : The Chronicle

salam readers. Semalam sempat la keluar dan berjumpa dengan kengkawan. Having great time at Suria KLCC. Rase nya dah almost 6 years tak jejak kaki kat KLCC ni. Boleh pulak turun aje kat monorail KLCC tu tersesat pulak pergi masuk fitness. Tah pape tah haha... So, having lunch at KFC. Di layan mesra okeh, tak da nak gaduh-gaduh la. (Ape la dah tau KFC penuh pegi la makan kat tempat lain. Tu pun nak suruh aku ajar ggrrrr...). Then kami decide nak tengok movie. Disebabkan promo cite The Chronicle cam best, cite ni la kami tengok. (Kawan aku cakap hantu dalam botol kicap tak best haha...)


 Directed by Josh Trank and written by Max Landis. Siapa kah mereka tidak ku kenal. Baru je Google nih haha. Starring by Dane Deehan (Andrew Detmer), Alex Russel (Matt), Michael B Jordan ( Steve).  Nampak macam semua pelakon baru lagi. 

Chronicle mengisahkan student high school yang mula merakamkan kisah hidup dia dengan videocam, Actually cerita ni pun point-of-view dia dari lensa kamera. Andrew Detmer yang tidak bernasib baik sebab mempunyai mak yang sedang terlantar sakit sebab kanser dan ayah yang pemabuk dan bekas ahli bomba yang bersara awal sebab cedera ketika bertugas. Mess sikit la hidup dia nih. Semua nya berubah bila Matt, Steve,and Andrew pergi ke party, and find out party tu not for them. Some other time, they discover a hole behind the hill. Bila masuk kat dalam, dorang terjumpa satu benda huge-blue-glowing-crystall thing. A sudden, they have a telekinesis power. Boleh gerak kan barang-barang dengan minda. Gembira dengan kuasa tu, dorang pun berlatih la bagai sebab nak improve kan kuasa tu sampai dorang leh terbang. wow part ni yang paling best. serius!!...

Bagai kena rasuk, Andrew yang terdesak mahukan popularity di sekolah dan duit untuk rawatan kanser mak dia, mula menyalah gunakan kuasa hingga membawa kepada pembunuhan Steve. Matt sebagai orang yang ada kuasa yang sama terpaksa lah menghentikan kegilaan Andrew. Ending perlu cerita ke?... hehehe Andrew mati.

Personal komen: It make my life. i can say this is my favorite movie for now. It not about the power that need to highlight, it about life and feelings. It bring me a joy when see them enjoying their power flying over the sky, and moving things. and i can feel how Andrew's life change and the happiness. But for the sad ending, it bring sorrow..   



Seriously suggest and thumbs up!!





Saturday, February 11, 2012

Jangan Penat



JANGAN PENAT mengajak ke arah KEBAIKAN,
kerana SYAITAN tidak pernah penat mengajak ke arah KEJAHATAN,
MALAIKAT pula tidak pernah cuti/jemu mencatat KEBAIKAN,
InsyaALLAH sahabat, selagi mana kita HIDUP di dunia...
selagi masih memikul TANGGUNGJAWAB dan AMANAH ALLAH..
selagi itulah menjadi KEWAJIPAN kita BERPESAN-PESAN,
dan saling membantu ke arah KEBAIKAN

 


sharing from faiz farish


Tuesday, February 7, 2012

Saturday, February 4, 2012

mencintai, dicintai dan yang tercinta....

as-salam.. readers yang disayangi hehehe.. lame sudah rase nye tak update blog ni. Mau nye tak lame dah dekat 6 bulan kot, since abis blaja dan duduk kat shah alam ni, mulakan kerja dan macam-macam yang dah berlaku sampai hilang mood nak update blog walaupun idea ada...

Harap-harap pembaca blog ini masih ada dan aku harap semua update dan entry aku lepas ni akan lebih matang lagi. :)  . bye


p/s: aku perasan nape ek shoutbox tu dah tak boleh guna hmmmm.....


ku akui berat nya... :(








Tuesday, January 31, 2012