Tuesday, February 21, 2012

Temuduga.

As-salam readers.. semoga sihat dihari selasa ni. semalam hari isnin, kelmarin hari ahad, esok hari selasa, lusa hari rabu, lepas tu khamis, esoknya lagi jumaat dan sabtu. Habis cukup 7 hari seminggu aku greeting anda suma sihat hendak nya. :)

Hari ni hamba nak berkongsi sikit la alkisah pergi ber-temuduga. Ada la secebis dua pengalaman temuduga yang recently aku pergi.


Temuduga 1: R&D Manager at Walet Biotechnologies Sdn. Bhd

Mula-mula dapat SMS dari company nih untuk datang temuduga jawatan cam kat atas. Aku dah ish manager la pulak, pengalaman pun tak seberapa nak jadi manager pulak. tapi takpe la, aku try aje. Lepas tu aku pun google la lam tenet pasal company nih. Tarak! Takde secebis info pun pasal company ni lam tenet. Which means, ini adalah company baru.  Cuma boleh assume la, kalo dah name pun 'Walet', tentu la core bisness dia nih pasal walet jugak. Apekah walet itu? Tekan sini. Disebabkan tak tau nk study apa untuk prepare interview nih, aku pun pergi tanpa baca apa-apa pun. Takat berlatih cakap-cakap tu adalah. Sampai aje, alahai dah jam 10 pagi nape company nih kunci aje nih. Ni aku tak suka ni. Lama jugak la tunggu. Aku dah tawar hati!

Maka nya, interview bermula. Interview ni macam borak-borak kedai kopi pulak. ish2 (geleng kepala)


Temuduga 2: Chemist at Roycepharma Manufacturing Sdn. Bhd

Interview yang ni lain sikit. Bukan lain apa, bagi aku ni interview yang paling selesa pernah aku pergi. Best lar. Dekat Nilai Industrial Park. Pergi dengan abah sebab tak tahu jalan. Masuk aje Federal Highway, habis traffic jam macam nak gila. Nasib baik la sempat sampai, on time lagi. Masuk aje, memang dah ada candidate yang sampai dulu. Kena isi-isi borang dulu. Then, baru dipanggil masuk. Memang susah lah jugak soalan dia. Aku tengok dia cam dah study habis aku nya resume. Semua soalan dia memang serang kat 'blind spot' la. Soalan yang paling best bila dia cakap,


oh awak ada blog?

Cite pasal apa blog awak?

Dah lama dah ada?'

Terbangga sekejap kat situ. huhu. nak je cakap 'Encik boleh la google me_nazri kalau nak tengok' hehe



Okeh sekian sahaja. Harap semua temuduga nih membuah kan hasil.





2 comments:

ABU said...

Federal Highway mmg selalu jem gila vavi..:D

me_nazri said...

tau tak per....nk janji temu tak leh gune federal huhu