Thursday, March 31, 2011

Monday, March 28, 2011

urut body ke body

assalamualaikum...


*sangat berpuas hati dengan header yang baru*


semalam tengok berita banyak betol cerita pasal rumah-rumah urut ni

rumah urut gay pun ade kena serbu jugak

paling banyak rumah urut 'Body ke Body'

~ WOW

sangat teruja mendengarnya

wanita asing lagi tu

pastu aku yang bajet suci ni pon bertanya kat kawan aku


'urut body ke body tu cam ne ekk???'


sangat suci kan.. haha

kawan aku yang kesian dengan aku yang masih suci ini pon berkata


'macam ni ha.......'
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
;
:





confirm sekali pergi baik terus la...

lagi-lagi kalau kena urutan yang special macam ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tobat!!!!!!!



percubaan pertama....

assalamualaikum.....

ada perasan perubahan tak....

tu banner yang baru

baru first time buat ni

jadi cam tak betol la sket kan...

aku rasa cam kecik sagt la

pastu jarak tu kene jauh sket....

korang rase cmner...

Sunday, March 27, 2011

seorang lelaki memandangku......

assalamualaikum...


*seorang lelaki memandangku.


*aku membalas pandangan beliau


*sekarang dia tersengeh-sngeh pulak


'ko apesal pandang-pandang siap sengeh lagi? nak race ke? kalo nak race pergi track la, atas jalan raya ni jadi mat rempit cam siol ko tau, eksiden mati baru ko tau. masa tu la nak insaf la konon....bla bla bla....'


'zip suar abang terbukak...'


'erk....!$#@#$#$'


haha

~ayoo~


Friday, March 25, 2011

lepas demam, sakit M pulak....

assalamualaikum...

hari ini, dah baik demam pening sume

alhamdulillah...

tapi sekarang sudah kena sakit M pulak...

M.A.L.A.S

~~~~~~~~



1 MALAYSIA : POWERPUFF KENTAL!

Assalamualaikum...

hmmm......
tidak beberapa gembira...
sekadar memenuhi syarat....



1 MALAYSIA : POWERPUFF KENTAL!







KENAPA KAMI PILIH NAMA INI

POWERPUFF atas sebab 5 BLOGGER TERAWAL dalam conference tadi, soOoo bajet nak POWERPUFFGURL jugak ahh.. heheh
TAK GENTAR walaupown dah dikritik kejam tapi tetap join game dan segmen Abg Ben
Kitorang memang power POWER... SO what? heheh..
Badan Abg Ben pon tak sekental kitorang okeh ^^


KETUA KUMPULAN
(kene buli nieh, isk3...)


KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN
(TERAWAL DALAM CONFERENCE)

redha je....ahli conference dah pilih dier maka kami yang tak ada dalam conference bersetuju sahaja...


SENARAI AHLI
(TERAWAL DALAM CONFERENCE)

SENARAI PENUH GROUP 3 KLIK SINI




PENDAPAT SAYA MENGENAI 1TUBE.MY IALAH :

+ve : Bagus diwujudkan... Otak² KOTOR makin dapat dikurangkan, tak dapek la nak upload suke ati korang ehh...
-ve : Buatkan cik bunga jeles! Sebab tak dapat jumpe blogger tegar hotest²! uhuh~

Thursday, March 24, 2011

GAME ANTARA BLOGGER : 2

assalamualaikum...

sori guys sangat lama tak update blog.

Ni tengah online dekat library.

Ternampak pulak benda ini

GAME ANTARA BLOGGER : 2 by BEN ASHAARI

jom la join.. lagi 10 minit ye akan tutup..cepat-cepat...


touch sini...

macam ni je main nye

jom join...skang 8 minit lagi before closing...


Sunday, March 20, 2011

.: hujan lagi :.

assalamualaikum...

hari yang suram
hujan turun lagi

mana matahari pergi
aku rindukan kamu

antara sedar aku tertidur malam tadi
antara sedar aku bangun malam tadi
tidur semula

bangun sahaja aku teringat
kekasih yang tak dianggap
selamat tinggal kekasih terbaik

oh hujan makin lebat
selamat datang




Saturday, March 19, 2011

lelaki memasak itu.....SEKSI???

assalamualaikum...

Menurut wanita, lelaki yang masuk kedapur dan memasak itu nampak seksi, bukan yang masuk kedapur untuk makan ye....:) walau pun hakikatnya banyak lelaki masuk ke dapur untuk makan....

Menurut kajian Teori Gastrosexuals, yang mana Gastrosexuals merujuk kepada kelompok lelaki yang menjadikan memasak sebagai hobi, mengaitkan populariti chef selebriti lelaki seperti Gordon Ramsay dan Jamie Oliver adalah kerana aktiviti itu yang memperlihatkan diri mereka kacak.

Sementara itu, kajian oleh syarikat makanan, PurAsia menunjukkan 48 peratus responden percaya individu pandai memasak mampu menarik minat orang terhadapnya, manakala 23 peratus lelaki berusia 18 tahun hingga 34 tahun memasak kerana ingin memikat perempuan.

Siap ada kajian lagi pasal benda ni, pernah tengok rancangan 'iron chef'? bukan kah semua chef yang datang bertanding semuanya lelaki, wanita mana ada.huhu

Jadi, semua lelaki dah baca ini, jom masuk ke dapur dan ...errr... makan hehe... MASAK la woiiiii..... kata nak nampak seksi lagi kacak kan hahaha

Thursday, March 17, 2011

" aku menari dengan ahli bomba masa makan atas meja sebab aku suka macam tu "

assalamualaikum...

tajuk entry macam hape jekan...

sumenya gara-gara ini...

check out...

melegakan otak yang kusut... dari bakpo gitu


1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!


(^-^)

hepi-hepikan diri

petang ni rasa macam nak pergi ekspo kat syahbandar tak pun pergi berenang..

awak, nak kenal boleh??

assalamualaikum...

TING TONG!! (bunyi SMS masuk)

o1486***** : salam ni ida ke?

# sape pulak, salah no ni...

me_nazri: bukan salah no ni...

01486*****: ni sape ni...

me_nazri: nazri..

01486**** : mano ni...

me_nazri : ganu

01486***** : kenal bleh...

# terus aku delete sume SMS dia...


...............................................


ayoooo.... cik adik, ingat ni zaman bila,
guna trick salah nombor untuk kenal dengan orang ni...

bawak-bawak la bertaubat
awak tu pompuan...


Tuesday, March 15, 2011

JUMPING HIGH PHOTO CONTEST

assalamualaikum....



dah bace tajuk entry....???

kali ni masuk contest la pulak....
ade perkataan jumping disitu, jadi kita kena la melompatkan..

tuan pengelola contest ni ... cik Tyratyra

jadi jom la...syarat2 nya..


Follow blog cik Tyratyra ini...

kendian wat satu entry dengan tajuk: JUMPING HIGH PHOTO CONTEST
yang macam aku buat ni la...

muat naik banner contest beliau



kendian muat naik gambar yang menjadi taruhan kita...
tara~



cerita kan pasal gambar taruhan korang tu... ce cite ce cite..

Honestly orang dalam gambo tu bukan aku... dan aku juga bukan orang yang amek gambo tu, dan aku juga bukan tuan punya kamera itu. aku cuma la coursemate dia sahaja. Dah dapat kebenaran untuk guna gambar ini. Gmabo diambil bulan Feb 2011 lalu di Jeli Kelantan. On da way nak ke Penang, singgah solat sahaja.


lastly tag 4 blogger...

faiz farish


Hans

cik bambam

fasihah supian..

rndomly pick dari list blog yang ada...weeee

tarikh tutup 20 march 2011

okeh...

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

assalamualaikum...

tadi kuar ngan kawan, ni baru balik...
balik aje tak boleh nak tido dah..aiyaa...
apelagi, layan blog jam 1 pagi ni...

sekali lagi aku terjumpa blogger yang kuar kan entry berkaitan segmen ben ashaari...
hehe apa lagi, terjah la, plus join sekali...

kali ni kesah cinta...
wahh terasa malu2 pulak..
senyum sesorang



Wanita bagaimanakah yang menjadi pilihan hati anda ?

Tak pernah dalam hidup aku terlalu specific dalam memilih pasangan hidup... aku cuma mahu dia bersikap normal sebagai seorang wanita dan tahu untuk malu...wahhh


Definasi keseksian seseorang wanita bagi anda ..

wanita nampak seksi bila dia berkain batik haha..seriusly.. nampak lebih anggun kalau pakai baju kurung yang ada bunga2 kecik tu.... wow!!


Apakah maksud PENGORBANAN CINTA bagi anda ?

xreti nak jawab la~... mungkin "demi cinta lautan api sanggup direnangi"...tah la...


Perlukah pasangan anda berkorban apa saja demi membuktikan cintanya pada anda ?

TAK PERLU... tak perlu... sangat tak setuju... cinta adalah entiti yang yang boleh dirasa kewujudan nya. Tak perlu physical form untuk bukti. tetapi perlu untuk membantu kita mrasai kehadiran cinta itu.. (wahh apa dah jadi ngan aku ni...)


Jika keluarga pasangan anda tidak mahu menerima anda sebagai menantu mereka , apakah yang akan anda lakukan ?

alamak... aku belum bersedia untuk ini... hmmm yakin kan mereka anak merka selamat bersama aku hahah (xtau nak jawab ape....)


Berapa kalikah anda putus cinta ? Kenapa ?

Putus cinta = 0
Ditolak = 2
yang pertama: dia takan memilih kawan sebagai pasangan
yang kedua: aku terlalu lambat hadir dalam hidup dia...oh *teringat kesah lalu*


Pada pendapat anda , lelaki atau perempuankah yang mudah berlaku curang ? Secara umum ... kenapa ?

Lelaki... bagi aku wanita yang hati kering je akan curang...kenapa lelaki? aku pon tak tau, nafsu besar sgt, dah dapat betis nak peha..erk!


Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

TIDAK... nehi... no...


~sekian~
soal cinta

Sunday, March 13, 2011

kenapa ekau lombap macam siput sedut haaa....

assalamualaikum...

adoiiii.....

tahukah anda, apakah benda yang lebih lembab atau setaraf lembapnya dengan siput sedut???

tahu tak...???

orang jalan kaki.... SALAH!!!


siput babi....SALAH!!!


BB....PON SALAH!!!


tenet....LAGI SALAH!!!


aik putus asa dah...


nak tahu jawapan nye....


skrol la korang kebawah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


~janagn marah yee..~

(^-^)


Lintas langsung dari viva voce presentation

Assalamualaikum...


jam 11.29 pagi hari ahad
bilik radiografi, kampus kota
Unisza

sekarang berlangsung presentation final year projek. Yang tengah bentang sekrang ni cousemate aku. aku nye presentation dah lame dah lepas ahad minggu lepas.

haha..

tadi boleh pulak bateri laptop yang guna untuk presentaion ni habis bateri
habis kecoh tu..haha

presentation ni akan sampai petang, harap semua nya akan berjalan lancar
kepada rakan2 yang akan bentang VIVA nnti sila berusaha habis baik ok..


**tadi nak masuk bilik ni aku ada nmpak kat depan pintu bilik ni ada tampal tertulis 'VIVA VOCE'. Try guna en.google punya kamus translation.

iitalian into english = handsfree

italian into malay = ujian lisan

apakah??!!

Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

assalamualaikum...

hiyaaa...
tadi menjelajah ke alam maya ini lalu terjumpa beberapa blogger yang keluarkan entry mcm ni

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

wahhh apakah ini.. lalu aku ikut link yang ada then sampailah ke blog Ben Ashaari...
rupanya ada segmen camni kan yang dibuat oleh Ben Ashaari ni..
okeh disebabkan kering idea.. jadi mari kita join...

Banner ini wajib letak ok...

Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger perempuan benar benar ikhlas ?

*Ini soalan KBKK ni...hmmmm entah la... sukar untuk kita ukur keikhlasan seseorang itu dengan tengok apa yg dia taip..tapi kalau ada kat depan mata mungkin boleh tau dia ikhlas atau tidak.


Apakah anda suka melihat blog blog perempuan yang penuh dengan gambar ?

*Suka la..kalau gambar itu bukan gambar blogger itu seorang aje... kalo gambo dia seorang, itu name nya terlebih syok sendri...


Pada pendapat anda , kenapa perempuan berblog ? Secara umum ..

*Sebab dorang ni jenis banyak masa terluang dan suka berkongsi ape2 aje + nak perhatian... Kalo cam laki kan asyik nak pegi sana la, sini la, mana ada masa sagt. Kalo perempuan, kadang-kadang terperuk di rumah saja... jadi untuk isi masa, wat blog la... pasal nak perhatian tu, dorang ni suka kalo ada orang respon apa yang dorang wat. :)

Blogger perempuan mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower.. Benarkah ?

*Tidak...sebab most blogger perempuan, nak kata mempertaruhkan wajah cantik untuk memancing perempuan, camne pulak tu..apekah??? Grrrr.


Blog perempuan yang anda rasa patut POPULAR !

*Hana Love Nest tuan punya tanah, Anna Boleyn... yeeahhh


Jika anda blogger perempuan , apakah yang akan anda elakkan dari bercerita dalam blog ..

*Ok kena berfikir macam pompuan jap...pasal BF...sebab aku tak suka bace la kisah BF+GF ni..honestly... unless korang adalah suri rumah write about ur family, husband, child, life, then i will read..


okeh DONE!!!

Friday, March 11, 2011

tsunami!!!!

Assalamualaikum...

*Hari ini tengok TV ada gempa bumi di jepun aka japan pada 11/3/2011.


*Gempa bumi berskala Ritcher 8.4 (berita Jepun) and 8.9 (berita AS) dan 6.4 (berita China)melanda daerah Honshu iaitu pulau terbeasr di Japan sana.


*Kalau anda boleh browse dan dapatkan video tsunami, boleh dilihat habis kawasan tanaman musnah.


*Amaran tsunami juga telah dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga. Google juga telah mengeluarkan peringatan yang sama. Kalau korang bukak Google akan ada benda ni...

"Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan."



*Gempa Bumi terburuk dalam 14o tahun


*Ini diikuti dengan 12 gempa susulan


-Ini lah sedikit sebanyak berita gempa bumi yang melanada Honshu Japan-
-semoga tiada tsunami yang berjaya sampai ke Malaysia-



Thursday, March 10, 2011

.: aku sebuah motosikal :.

assalamualaikum...

aku sebuah motosikal

Baru tersdar dari mimpi yang aku sebenarnya seorang...eh salah...sebuah motosikal. aku yang berbangsa 'wave S' ini di beri nama registered 'BKE 6360'. Aku dituani oleh tuan ku yang sangat menyayangi diriku ini. Beliau adalah bukan superman, bukan batman tetapi me_nazri. Beliau telah membebaskan diiku ini dari belenggu kehambaan pada 27 Disember 2008. Terima kasih untuk tuanku.

Beliau telah menjaga ku dengan penuh dedikasi. Tidak pernah jemu memberi aku makan dan membersihkan diri ku dari lumpur dan debu haha...Dan hari ini beliau telah menukar jantung ku kepada janung yang baru.RM 50 kot. terima kasih tuan ku.

Beliau juga dengan berhati2 menunggang diriku, walaupun pernah eksiden sekali (nak kena tuan ku ni!!!). Selepas ini aku tidak akan lagi memberikan..errr hmmm aku akan memberikan sepenuh kesetiaan kepada tuan ku hehe. Terima kasih tuan ku.

ensem tak aku?? hehe


*ape yang aku post ni.....nmpak sangat takda idea ayooo

Wednesday, March 9, 2011

semua dah lapuk....

Assalamualaikum...

peristiwa satu

Tempat: lab komputer

tgh hari tadi lepas aje dari lab session aku ingat nak lepak library, siapkan report apa yang patut..alih2 tengok, semua komputer kat situ penuh..yang tak boleh blah siap cop2 lagi dengan pencilcase dorang..tuan nye tak da... geram betol... terpaksa la aku menapak ke lab komputer... kosong...lengang... aku pun start wat keje... konon2 macam rajin la sampai tak ingat dunia.. siap tersenguk2 lagi ngantuk... tengok jam oh masih awal... berlagak rajin lagi dengan mata kuyu.... tengok jam lagi...masih awal...aik???? tengok jam kat dekstop...ayoooooooo!!! jam mati rupenye.... memang sengal betol..nak dekat pukul 3 dah tadi... padan la masa lambat berlalu....


nak beli jam macam ni..boleh tak??


peristiwa dua

tempat: bilik

tadi lepas siap2kan barang nak masak malam ni, aku segera mandi, best2 segar betol. kat dalam bilik... ngah sedap-sedap lap badan yang basah..tetiba..praaaakkk!!!!..... ayoooooooo!!!!!! tuala aku koyak la pulak... pastu tengok2 tuala aku, memang dah layak pun jadi kain buruk.... campak dalam sungai mati ikan...

kalau ini yang koyak macam mane..???



yang baik nya adalah boleh la nak merasa guna barang baru kan. jam dah rosak, tuala dah koyak kena la bli baru...

yang tak baik adalah kenapa masa ni la ko nak rosak weiiii

Monday, March 7, 2011

anda ingin rasa menjadi cute??? cuba ini....

assalamualaikum....

cute je kan...

okeh sape nak rase jadi cute sila angkat mangkuk megi korang...
hahha

ok..ok...
ini dia tips untuk merasakan diri anda sebenarnya adalah 'cute'


step 1
bukak korang punye google... google je tau jangn bukak yang lain


step 2
taip ini ayat...atau korang copy and tampal je kat ruang search tu...

who's the cutest?


step 3
then tekan

'i'am feeling lucky'

nanti kan result nya..anda pasti gembira....



okeh..sekarang bagitahu aku
siapa yang 'cute'

Friday, March 4, 2011

.:: rasa hati ini ::.

assalamualaikum..



Rangkap satu: pendahuluan ku

*hati tenang umpama suria memancar cahaya pagi




Rangkap dua: irama lagu dari ruang kosong

*hati girang umpama kanak-kanak memakan lempeng panas




Rangkap tiga: suara masa lalu melintas di masa ini

*hati rindu umpama anak kecil mahukan ibu




Rangkap empat: hendak menjadi tenag tanpa kerisaaun hari esok

*tiada lagi hati untuk berbicara

Wednesday, March 2, 2011

jom... ramai-ramai bayar saman....

assalamualaikum...

"PUTRAJAYA: Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai semalam hingga 10 Mac ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan di Putrajaya hari ini."

okeh pesalah trafik semua sila senyum lebar selebar pinggang anda okeh...

tempoh bayar saman yang ada diskaun tu sekarang dah dilanjut sehingga 10 MAC ni...

memang 2 hari sebelum 1 mac tu aku ada melintas balai polis trafik kat Terengganu ni, huuyoooo memang ramai orang loh... pukul 8.30 pagi lagi tu... hari yang sama aku melintas lagi jam 12 tgh hari kut... masih tak berubah..panjang lagi barisan nye...

dengan gighnya aku ade klik-klik dengan kamera pinjam hihi