Wednesday, September 7, 2011

hati bergumam...

Assalamualaikum...


Dua tiga hari ni hati rasa tak tenang.

Asyik berfikir dan tak pasti.

Tadi semasa bekerja, tiba-tiba hujan mencurah-curah ke ladang 'Stevia'.

Nasib baik sempat berlari selamat kan barang-barang elektronik. Kalau tak mahu susut pulak duit dalam bank.

Berteduh lah aku di bawah pondok. Tak sempat nak lari ke bawah bangunan. Petir sambung menyambung. Hujan lebat selebatnye. Tapi jangan risau ni bukan entri cerita hantu hi hi hi...

duduk la aku sambil berfikir sejenak. YEA.. aku mahu bertukar kerja. Mencari kerja lain. Biarlah baru 3 bulan disini. Projek disini juga baru bermula. Baru 5%.

Tapi aku tidak pasti. Hendak melangkah jauh dengan pengalaman yang cetek. Tapi peluang tak datang 2 kali. Aku juga tidak pasti mampu. Tidak berani.

Bersama air hujan gumam hati ku pergi. Bicara sampai disni. Dihentikan. Langit telah memanggil.

5 comments:

Umie Nadhirah said...

Tersirat sungguh

Anonymous said...

klu x suka, benti keje, life is too short n simple.

me_nazri said...

Umie: tapi tersurat nya jelas...

Anon: suka, tapi skop kerja kecik sgt... huhuh

ceksumolek's said...

ada sebab rupanya kamu bertanya eh? :-) haa.. surat sokongan tu tak wajib pun sbenarnye.. tapi kalo dapat adakan lagi elok.. :)

Anonymous said...

tak suka resign aje.. jgn tunggu lama-lama. OK start cari kerja sekrg!

It's ok for new grade lompat2 kerja sampai dpt kerja yang sesuai dgn jiwa raga.