Friday, June 10, 2011

lokasi konsert akhir AF9 depan masjid???

Assalamualaikum....


Tadi masa tengah blogwalking nih, ternampak pulak satu tajuk entry dalam blogger nih (sini). Pasal lokasi konsert akhir AF9 nih yang dekat dengan masjid. hoh! dengan pantas aku meng-google perkara tersebut. dan ada beberapa carian yang menyebut hal yang sama. dari blogger jugakla yang concern pasal benda ni dan buat entry pasal benda ni.

Ada dua blogger yang dah up kan pasal benda nih. Ade 3 sebenarnya, tapi tak boleh nak masuk pulak.

kat sini

cik jari tembam

suratan kebetulan



dari entry 2 blogger tersebut, konsert berkenaan di buat di Putrajaya. Well kat putrajaya tu ada 2 masjid kan. aku rasa yang ni masjid besi. Tengok dari design dia la. dan ia hanya 500 m dari masjid tu. Dekat kan? Tak dekat ke. bagi aku dekat sebab kawasn tu kan lapang. kalau kawasan lapang ni 1 km pun dekat dowh.


Kenapa ek ASTRO pilih lokasi macam ni? Macam Malaysia ni kecik sangat sampai takda tempat lain yang lagi sesuai ke. Memang la acara bermula selepas Isyak tapi tu kan masjid. Tempat suci kot. walaupun 500 m tapi kesucian kena la jaga walau macam mana pun. Sekali bah datang, menuju puncak la...

Kat bawah ni ada gambar yang aku copy-paste-upload dari blog mereka.















:)(:


Link

7 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

hm.. susah nak cakap...

afiqazizan said...

taw xpe..macam dah takde lokasi lain nak buat konsert final af9 ni.

azrijohan said...

pelik btul diorang nihh

me_nazri said...

salah management kut..tah la tak tau nak kate

Shafa said...

kenapa takde org komen plak eh waktu Hari Belia Negara hari tu. Pelbagai Persembahan dan Konsert dibuat area situ juga. Atau pun waktu Karnival WOW, Konsert Super Junior.. Semua dibuat di Presint 2&3 Putrajaya.

Shafa said...

Sbg blogger antara entry yg perlu dielakkan adalah isu sensitif. Ini berkaitan masjid, agama. Takut blogger blh dikenakan tindakan. Manalah tau kan... Fa tgk ada yg sampai kuarkan entry ajak boikot konsert ni. Tapi tengok, takde apa kesannya pun.. Konsert tetap akan berjalan. Cara paling baik komen direct pada pihak penganjur / tak payah la datang tengok konsert tue... Kalau nak diikutkan, tengok bola kat stadium pun boleh melalaikan juga. Sejak dari petang dah kena masuk stadium. Kalau tak penyokong akan stuck dlm jem. btl tak? Solatnya mana plak? Takde plak blogger nak kuarkan isu ni.

Cuma nasihat pada yg nak pergi tu, tunaikan lah solat di masjid besi/masjid putra sebelum pergi. Konsert kul 9. Walaupun dorang buat konsert di situ, tapi mungkin dorang nak mudahkan pengunjung. Ada tempat solat..

me_nazri said...

positive..tapi semua orang adependapt masing2 kan...dan blog masing2 juga..:)