Monday, April 18, 2011

aku yang tak berubah...

Assalamualaikum...

Tadi blogwalking.

Terjumpa sesuatu yang sangat menarik dan bermakna untuk semua terutama orang Islam.

Mari ramai-ramai menghayati.

Aku berjumpa sahabat lama…Dia dah berubah
Sudah berubah
Tak munasabah
Sungguh banyak dia berubah…

Aku bertanya kenapa berubah?
Dari ‘ahli surau’ kepada kehidupan manusia biasa?

Dia menjelaskan
bahawa dia telah melihat banyak keburukkan “ahli surau”
Jarang bersama keluarga..
Cakap benda sama.
Abaikan dunia…
Pakaian macam org arab
Rasa diri bagus…
Suka bersembang…
Tak ada masa depan…
Membazir harta org ramai(masjid)…
Buat bising…
Kasihan umat menderita…
Aku kata
Aku dah 20 tahun memeluk ugama islam
Dalam ugama ini aku jumpa banyak keburukkan orang islam…
Merompak…
Berzina…
Rasuah…
Membunuh…
Sumbang Mahram…
Mengedar dadah…
Mengfitnah…
Jerangkong dalam almari
Haruan makan anak
Anjing tersepit yang dilepaskan…
Rogol-bunuh-bakar!
Tapi aku tak tinggalkan ugama islam…
Aku harap kau tidak murtad
Kerana ramai yg murtad bila tengok keburukkan
Juga ramai yang tinggalkan surau bila lihat keburukkan ‘ahli surau’…
Bukankan Allah bagi dua mata?
Satu lihat baik orang
Satu lihat buruk sendiri..
Barulah mata hati akan faham kebenaran….



Sumber: Moon-keyz world

2 comments:

::FAIZ:: said...

mendalam maksudnya

me_nazri said...

yup...jangan salah tafsir sudah....