Tuesday, April 19, 2011

hampir kemalangan, 3 kali...

Assalamualaikum...

Fuuhh... nasib baik tak kemalangan. Kalau tak habis la. Entah mati entah hidup. Hari ni dah 3 kali hampir kemalangan. Salah siapa? Entah la. Macam bukan salah aku. Cuba korang baca kat bawah...

Ceritanya macam ni....

Di suatu pagi yang sunyi, burung-burung berkicauan, angin sepoi-sepoi bahasa. aku keluar ke kampus untuk mengurus kan beberapa urusan. Selesai saja aku pun bergerak dengan motor aku ke bank pula. selesai urusan di bank. Selesai saja aku terus bergerak balik rumah. Disini la segala-gala nya bermula.


Peristiwa 1

Bila lampu hijau, aku pun memecut laju. Pandang cermin, kiri dan kanan clear. Tak ada kereta mahupun motor. Tapi kat depan, ada 2 orang gadis tengah lintas jalan ditengah jalan yang sebuk!!!. Dengan segera aku mengelak ke kanan, dan aku hampir terlanggar sebuah Myvi. Nasib baik Myvi tu sempat break. Kalau tak eksiden sudah. Salah siapa? 2 orang gadis yang melintas di tengah jalan sebuk sebab baru lampu hijau. betol kan. Aku tak bersalah.


Peristiwa 2

Lepas selamat peristiwa 1, berlaku peristiwa 2, Sekali lagi, bila dah lampu hijau aku memecut. Maklumla duk depan sekali, kena la laju. Bila sampai ke depan balai polis, to be exact depan pintu pagar polis. Okeh ada sebuah kereta pengawai polis tiba-tiba memecut kuar. Arrghhhh... gabra okeh. Nak break, belakang ada kereta. Nak elak ke kanan, kereta banyak woo.. Nasib baik dia yang break. Separuh badan kereta dah kat jalan okeh. Ngeri! sekali lagi bukan salah aku.


Peristiwa 3

Setelah puas mencarut dalam peristiwa 2, here come peristiwa 3. Berlaku selepas bulatan. aku bawak kat lorong kiri dengan kelajuan yang biasa aje. Yela sebab dah 2 kali nak eksiden. Takut la kalau ada kali ketiga. Alih-alih memang ada kali ketiga. Ni sekali lagi, tah dari mana datang Myvi putih suddenly masuk ke lorong kiri. Sedangkan aku masih kat lorong tu. Kira kalo langgor tu, dia langgar side tepi kanan la. Segera aku lebih ke kiri untuk mengelak. sekali lagi salah siapa.

Lepas tu, aku selamat sampai rumah.

.......................................................


Sempat aku menjeling marah dekat semua orang yang bersalah memandu macam tu.

Kalau atitude memandu macam ni, memang tak selamat la.

Walau apa pun, alhamdulillah, semua kemalangan tu tak berlaku. Syukur sangat.

Kepada yang membaca, bawak la motor, kereta, lori, keretapi tu dengan berhati-hati. Tak payah nak gelojoh la.

Ada seorang kawan suka ingatkan aku.

'Kemalangan tu boleh berlaku walau pun kita dah sangat berhemah. Kadang-kadang salah orang lain, kita yang kena'



2 comments:

ASRUL ANWAR said...

adekah aky yg slalu "ingatkan" ko mcm tu? hehehee

me_nazri said...

bukan ko la...annas...perasan