Friday, June 3, 2011

cara best untuk mengelakkan selipar anda hilang lepas solat jumaat

Assalamualaikum...


Salam jumaat readers semua. Dah balik solat jumaat ke belum? bagi yang lelaki aje la. Kalau bercerita pasa; solat jumaat ni memang popular la cerita pasal selipar yang hilang kan. Agak nya sape la yang tak pernah hilang selipar lepas solat jumaat kan. tak kurang sape la yang tak pernah nak kebas selipar orang lain kalau selipar sendiri dah kena curi kan hahaha...

Ramai yang amalkan skil lama untuk mngelakkan selipar hilang ni macam
  1. letak selipar dalam pasu bunga
  2. letak pasangan selipar tu jauh-jauh
  3. parking selipar paling jauh dari selipar yang lain

Sekarang meh aku nak bagitahu macam mana tanak kasi selipar hilang lepas solat jumaat. kira ni skill terbaru la...


Pakai selipar yang paling buruk yang korang ada. dengan cara ni pencuri selipar mesti takan curi punya la selipar camni. nak lagi best pakai selipar yang dah nak terputus. kalau kena curi pun tak la rasa menyesal sangat kan.haha.. Tapi, kitakan disunatkan pergi ke masjid bersolat jumaat dengan memakai pakaian yang cantik-cantik dan wangian kan. selipar tu sebahagian dari pakaian tak hmmm....


Pakai selipar lain-lain warna. sape sangka kan ada orang datang pakai selipar macam ni. susahla sikit pencuri tu nak cari pasangan selipar tu..ye tak? bernas tak? haha



Datang pakai terompah. kalau datang pakai ni confirm la sebatu lagi dah tau dah sape nak datang. kalao kena curik jugak cepat je kita boleh detect sebab bunyi dia tu kan kuat.


datang pakai selipar warna PINK. okeh yang ni no komen la. confirm pencuri pun segan nak curi nye. jangan la pelik kalau lepas ni masjid tu penuh ngan selipar pompuan di waktu solat jumaat.


Kalau semua diatas tak berjaya. korang buat macam ni jela. abes cerita

jangan hilang anak kunci tu sudah la


Biarlah, kita anggap sebagai sedekah saja kepada orang yang mengambil selipar itu. Mungkin dia yang lebih memerlukan selipar itu. Siapa tahu dia ada kemudaratan dan masalah yang memaksanya mengambil selipar itu. Mungkin juga orang meminjamnya untuk ke tandas dan bilik air pastu letak kat tempat lain tu yang tak jumpa tu

lagi satu kalau selipar sendiri dah hilang jangan la pegi curi selipar orang lain pulak. dah berangkai jadi nya. Baru lepas solat jumaat kot, takan nak buat dosa dah ...

2 comments:

Anonymous said...

cara yang bagus..nanti aku try buat.

me_nazri said...

oi2..sila jangan tiru la..pelik orang tgk huhu