Friday, January 28, 2011

peristiwa jam 5 pagi....

assalamualaikum...

salam jumaat semua...

cuaca kat luar masih sangat windy+ribut!!!
best-best....
almaklum la belum habis monsun lagi

sejak akhir-akhir ni asyik mimpi yang bukan-bukan aje...
malam tadi mimpi nampak nombor... 4 nombor woo.... warna merah lagi
cam ngangkung pulak

pastu tiba-tiba kan.... jeng-jeng-jeng...

agak seram...jam 5 pagi pulak tu...
masa tengah sedap tengok 4 nombor yang bewarna merah tu..
tiba-tiba ....

BAMMM!!!!

segera aku tercelik...
tingkap yang betul-betul ada kat depan mata aku terbuka, aku dah kunci tingkap tu la!!!
apa yang aku nampak kat luar, bumbung rumah jiran dengan langit hitam, ditambah pulak effect angin kuat menerpa masuk menambah kedinginan malam
wahh... macam dalam filem, tapi itu la yang berlaku... tolong la percaya

tingkap macam ni la, korang bayang la kalo boleh terbuka

aku yang masih tengah 'dup-dap' ni, seakan menunggu-nunggu..:

  • apakah akan ada makhluk putih melintas dengan tawa hilai???
  • apakah akan ada kepala yang menakutkan menjeguk ???
  • atau makhluk ibarat drakula, terbang terapung-apung cam superman....
kalau ini yang muncul macam mana????

takut-takut...

angin kuat bertiup lagi...

TETAPI dengan kehebatan aku menganalisis keadaan, aku boleh tersenyumsambil tergelak je kol 5 pagi tu (wahh bangga!!)

  • dengan mengambil kira keadaan kat luar yang berangin kuat dan keadaan dalam bilik yang tertutup dan kipas yang tak pasang (sebab roomate aku tutup..panas aku weiii), mungkin wujud prinsip Bernoulli pada tingkap bilik aku dan ia pun terbuka sebab perbezaan tekanan haha
  • dah tu tingkap tu ko kata ko kunci???.. memang la aku kunci, tapi mungkin aku tak kunci kuat kot... haha nak sedap kan hati

akhir nya alasan2 ini mampu menghalau rasa takut aku fuhhh
tapi memang seriously aku takut mase tu...

maka takut la hanya kepada ALLAH sahaja,,
sekarang angin masih bertiup kuat

BAMMM!!!

tingkap terbuka lagi.... teringat pulak dialog dalam pendekar bujang lapok
'hai mambang ko main tingkap pulak'
BAMMM!!!

dan lagi sekali, rosak la tingkap aku tu

prinsip bernoulli bersama penciptanya, Daniel Bernoulli

Tuesday, January 25, 2011

saya earn 12k sebulan....anda percaya???

assalamualaikum

sapa yang dengar radio HOT FM waktu pagi hari
isnin 24 January 2011

tahu tak tajuk dia ape??

'Blogger Malaysia jana pendapatan 12 ribu sebulan'

WOW... gila ko 12 ribu sebulan. amek ko beribu-raban. Gaji professor pon tah bape ribu je.. sape punya blog yang sampai 12 ribu tu?

Sebenarnya tajuk kat HOT FM tu respon dari berita surat kabar berita harian.. ade dia keluarkan pasal blogger yang meraih pendapatan RM 1 juta (WOW...)... Dalam paper tu ade interview REDMUMMY... sape redmummy ni?? Korang klik la kat link tu...

Redmummy ada kata... beliau bukan la blogger yang meraih satu juta itu tetapi 12 ribu itu tidak mustahil.. wah best kan...tiap-tiap bulan income masuk beribu-raban tambah pulak dengan gaji kerja korang tu... cuba bayang kan...hehe

tapi nak bagi tahu yang blogging is not about money, if u aim for money, its hard to earn. If u do for hobby, and sementara tu u masuk la nuffnang ads ke atau ads yang lain, u will earn that much... wah aku cakap macam aku dah earn beribu-raban kan..tak la tapi u get the point right?



Monday, January 24, 2011

wawa..ko jangan rasa tergugat ye.....

assalamualaikum...

masa aku nak amik moto yang aku parking kat asrama MAIDAM, dah la ada kereta kancil sekat aku nya moto...sengal tol, parking keta tu elok-elok la sket nasib baik leh kuar moto aku kalo tak leh kuar aku cabut tayar keta ko...sorry guys emo pulak tetiba hehehe

ok2...masa aku nak kuar kan moto aku yang tersepit tu... ada la beberapa orang gadis-gadis yang amek kos medik baru balik dari kelas dengan bawa basikal dorang tu sambil pakai baju kurung.... kisah bermula...hehehe


Gadis medik 1 : weh korang, ni la BASIKAL yang kita cakap CANTIK tu!!

Gadis medik 2 & 3 : mana-mana???
(dengan penuh excited)

Gadis medik 1 : tapi dah tak cantik macam dulu la...

Gadis medik 4 : ala..basikal baru memang la cantik... barang baru semua cantik...

Gadis medik 2 : makin banyak la basikal, nanti tak ada tempat dah nak letak basikal ... tergugat la wawa nanti...

Gadis medik 1 : wawa ko jangan rasa tergugat ye


T.A.M.A.T


haha!

korang tau tak siapa atau apa itu wawa???

haha!!

WAWA itu adalah sebuah BASIKAL

haha..LOL
apa yang Gadis medik 1 tu fikirkan sampai nak bagi nama kat barang yang confirm takkan response pape pun..

adoi..hahah..
ok2 jangan gelak kan orang tak baik ok
ingat tu
:)



Sunday, January 23, 2011

i have a note and its for you to read....

assalamualaikum...

last night i had a dream
i dreamed about 'snake'
kata orang tua-tua mimpi pasal ular ni ade kene mengena dengan keturunan
or something supernatural...
oh what is that? >>> scary
tak nak fikir banyak... mimpi is just mimpi, fullstop!!

hari ni kena masuk sawah padi lagi, memang tiap-tiap minggu kena masuk sawah padi under subject agroteknologi padi
minggu lepas memang menghempas pulas bawak naik tanah tuk wat batas, tapi hari ni, separuh mati bawa turun tanah..ape ni?? tah la aku pun tak paham
ade orang kata kerja 'pak pandir'
suka hati korang la...
apa-apa pun...mision accomplish.. walau pun dapat batas yang teruk banyak batu
well done!!



semalam one of my classmate lemas kat tempat mandi belukar bukit
aku tak pergi...malas
picnic yang hepi2, suddenly turn out scary


Alhamdulillah.. everyone is ok
memang arus kat sama sangat la tak boleh jangka
just one day before ada dah 2 orang lemas kat tempat yang sama classmate aku lemas
dan hari ni kami boleh gelak2 lagi :)
mesti trauma but its normal
mengingati boleh tapi jangan fikir sangat
nanti hydrophobia pulak...


right now, cuaca kat luar sangat warm and windy
nice..
it pull out memory




Friday, January 21, 2011

waktu zohor pukul 2 petang...

assalamualaikum...


Tempat: Di salah sebuah bilik dirumah sewa

Situasi: Sedang menonton cerita bersiri naruto kat laptop hosmate


me_nazri: hosmate 1, pukol bape dah skang??
Hosmate 1: 12.40...
me_nazri: zohor pukol bape??
Hosmate 1: 1.20 kan??
Hosmate 2: pukol 2 kot...
me_nazri: haha LOL!!


lawak sebelum g solat jumaat...
bagus la ko pegi solat jumaat pukul 2 petang tu...
orang dah balik ko baru nak pegi masjid... haha...

okeh kat bawah ni ada jadual solat bulan Januari untuk kawasan Kuala Terengganu


p/s: setelah sekian lame baru update...huhu

Monday, January 10, 2011

so un-productive...

assalamualaikum...

now already night

one whole day feel so 'nothing'

its zero!!!!

feel like nothing happen and its suddenly night

should I call it a day?

so un-productive



Saturday, January 8, 2011

tukar kadar pinjaman PTPTN anda dari 3% kepada 1% ... oh yeah..

assalamualaikum...

baru tahu hal ni dari housemate
kalau yang dulu2 peminjam PTPTN dikenakan kadar 3%
tapi sekarang ni dah ditukar kepada 1%

jadi siapa yang tak tukar lagi tu jomm...tukar ramai2..


STEP 1
masuk ke web page rasmi PTPTN <<< tekan sini


STEP 2
click pada aplikasi no.4: Kemaskini Maklumat Ujrah



STEP 3
Daftarkan diri dengan isikan IC & email anda yang aktif


STEP 4
Pergi tidur dulu atau makan2 ke, anyam ketupat ke, tengok movie ke... sebab email nak sampai memang agak lama, tengok pada line


STEP 5

Bukak email gmail / yahoomail korang dan akan ada link
click link itu


STEP 6

isi la apa yang patut dalam ruangan yang disediakan


ok siap... nikmati la kadar 1% korang tu

tapi ada sesuatu yang memuskil kan hati

dekat ruangan FAQ dia ada tertulis:


Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?

Jawapan :

Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1%
layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman
PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :

i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang
ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal
pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)


situ yang aku BOLD kan tu...
kalau ikut pemahaman la, dengan kata lain, mereka yang ditawarkan biasiswa dari pihak lain macam JPA/YAYASAN semasa pengajian dan terpkasa membatalkan pinjaman PTPTN dorang tak boleh la nak mohon kadar 1% ni kan???

hmmm <<< hampa sekejap

Friday, January 7, 2011

benarkan aku untuk tahu...

Assalamualaikum...

Pertama,
Tang aku tahu
Jika itu maka itu
Jika ini maka ini

Kedua,
Yang aku tahu
Jika kesa maka sana
Jika kesini maka sini

Ketiga,
Yang aku tahu
Tidak walau sekali
Utara ke selatan
Barat ke timur

Keempat,
Yang aku tak tahu
Memang aku tak pernah tahu
Mungkin kau tak bagitahu

Kelima,
Sebelum nafasku kembali
Benarkan aku untuk tahu

Wednesday, January 5, 2011

salah hantar SMS...kahkahkah

assalamualaikum...

waktu sekarang 8:50 pagi... diluar hujan tak henti2 lagi. aish... camne nak pergi kelas ni...
minggu ni adalah minggu pertama kuliah bermula untuk semester baru ni...
rasanya dah ramai dah blogger kuar kan entry pasal kuliah minggu pertama nih...
ada apa pada minggu pertama ni... semua nya kelam-kelambut...


malam tadi ade la classmate datang bertandang ke rumah sewa ni, lepas makan malam katanya... order nasi goreng tak sampai2... <<< nak hukum apa kat kedai macam ni???

aku yang lepas baru bersolat Isyak ni, tiba-tiba dikejutkan dengan kata-kata carut-marut kurang enak dari beliau. Terkesima jap, hampir aku pun mengeluarkan kata carut-marut kurang enak

segera aku menjenguk ruang tamu


Mr.A : oiii... aku salah hantar message... arrrghhh...kat makcik aku lak tu. Nasib baik aku tak taip 'sayang' ke ape ke... kalau tak kecohh.... adooiiii


hahaha... gelak jap dalam hati... boleh pulak salah hantar SMS...
nasib baik bukan SMS 18 SX ke kan...huhu kalau tak haru biru jawabnya

Sunday, January 2, 2011

langkah pertama di tahun baru.....

assalamualaikum...

.tahun baru.entry yang pertama.


"Sesungguhnya rahmat tidak akan turun atas kaum yang memutuskan hubungan silaturrahim"

Hadis riwayat al-Ashbahan