Friday, January 28, 2011

peristiwa jam 5 pagi....

assalamualaikum...

salam jumaat semua...

cuaca kat luar masih sangat windy+ribut!!!
best-best....
almaklum la belum habis monsun lagi

sejak akhir-akhir ni asyik mimpi yang bukan-bukan aje...
malam tadi mimpi nampak nombor... 4 nombor woo.... warna merah lagi
cam ngangkung pulak

pastu tiba-tiba kan.... jeng-jeng-jeng...

agak seram...jam 5 pagi pulak tu...
masa tengah sedap tengok 4 nombor yang bewarna merah tu..
tiba-tiba ....

BAMMM!!!!

segera aku tercelik...
tingkap yang betul-betul ada kat depan mata aku terbuka, aku dah kunci tingkap tu la!!!
apa yang aku nampak kat luar, bumbung rumah jiran dengan langit hitam, ditambah pulak effect angin kuat menerpa masuk menambah kedinginan malam
wahh... macam dalam filem, tapi itu la yang berlaku... tolong la percaya

tingkap macam ni la, korang bayang la kalo boleh terbuka

aku yang masih tengah 'dup-dap' ni, seakan menunggu-nunggu..:

  • apakah akan ada makhluk putih melintas dengan tawa hilai???
  • apakah akan ada kepala yang menakutkan menjeguk ???
  • atau makhluk ibarat drakula, terbang terapung-apung cam superman....
kalau ini yang muncul macam mana????

takut-takut...

angin kuat bertiup lagi...

TETAPI dengan kehebatan aku menganalisis keadaan, aku boleh tersenyumsambil tergelak je kol 5 pagi tu (wahh bangga!!)

  • dengan mengambil kira keadaan kat luar yang berangin kuat dan keadaan dalam bilik yang tertutup dan kipas yang tak pasang (sebab roomate aku tutup..panas aku weiii), mungkin wujud prinsip Bernoulli pada tingkap bilik aku dan ia pun terbuka sebab perbezaan tekanan haha
  • dah tu tingkap tu ko kata ko kunci???.. memang la aku kunci, tapi mungkin aku tak kunci kuat kot... haha nak sedap kan hati

akhir nya alasan2 ini mampu menghalau rasa takut aku fuhhh
tapi memang seriously aku takut mase tu...

maka takut la hanya kepada ALLAH sahaja,,
sekarang angin masih bertiup kuat

BAMMM!!!

tingkap terbuka lagi.... teringat pulak dialog dalam pendekar bujang lapok
'hai mambang ko main tingkap pulak'
BAMMM!!!

dan lagi sekali, rosak la tingkap aku tu

prinsip bernoulli bersama penciptanya, Daniel Bernoulli

5 comments:

RAIHANAH ROZAIMI :) said...

hahahha

ASRUL ANWAR said...

kt maidam aku dah masok hari ke-4 x bukak kipas

ASRUL ANWAR said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aku yg tutup kipas tue..hahaha

me_nazri said...

asrul- jimat ke??hahaha

anon- xpe2..mlm tu memang sejuk..angin kuat lagi huhu