Friday, May 20, 2011

pet baru..bukan pet-pet ek..

Assalamualaikum...

salam jumaat readers. Past 2 month, aku mula aktiviti bela-membela ni. Bukan bela jin atau penunggu gunung raya mahupun anak ikan mak. Tapi membela ikan.

Semua ni berpunca dari kawan serumah aku la yang gila ikan dan memancing ni. Aku ni mane la tahu erti keseronokan memancing yang bosan okeh. And then satu hari dia pergi membeli ikan laga. aku teruja jugak tengok ikan laga dia tu. Alih-alih aku yang terikut sama cis... beli la aku ikan laga pertama aku dalam hidup. Kecik-kecik aku mana main ikan laga ni. haiwan-haiwan ni aku tak main la. Tak suka. tapi tu masa kecik la. skang ni orite je.... jom usha gambo2 kat bawah ni. Tenet slow penat nak tunggu dia upload. Grrr...


Aku ada 2 species ikan laga ni

Betta imbellis

ada kat tenet panggil 'peaceful betta'
tak tahu la nape panggil macam tu. mungkin sebab dia baik kut berbanding ikan laga lain dan yup memang dia sangat peaceful. Bila nak mengawan tu memang dia tak gaduh dengan pasangan dia. Species ini adala species liar (wild type)

yang ni dah jadi arwah sebab kene panjing ngan cicak masa jaga anak dia



Betta splendens

yang ni pulak ada la keluarga betta yang ada ekor sangat menawan. dan sebetulnya semua peminat ikan laga akan membela dari species ini dan dari ekor dorang yang menawan ni la yang membezakan ikan laga ni satu sama lain.
Ada banyak kategori ekor dia

half-moon
crown tail
double tail
plakat



dan family terbaru untuk pet aku adalah ikan Guppy
tengok macam senang aje nak bela ikan guppy ni so aku try aje la

ikan guppy ni baru 5 hari aku bela dah mati 2 ekor...
ingat nak tambah lagi la ikan guppy ni huhu


1 comment:

ASRUL ANWAR said...

beli 6 ekor.
5 hari bela, mati 2 ekor..cukup 15 hari, akuarium kosong.

beli tambah lagi 6 ekor....dan seterusnya...LOL