Friday, January 15, 2010

earthquake of HAITI

Assalamualaikum…hari semalam

Aku ade bace kat paper n internet + dgr kat radio berita gempa bumi di HAITI… Berikut adalah kesimpulan berita yang aku bace…


HAITI – Gempa bumi berukuran 7 skala Ritcher menggegarkan kepulauan HAITI, Rabu 13 Januari 2010. Gempa kali ini adalah yang terburuk selepas kali terakhir digegarkan pada 1946 pada 8.1 skala Ritcher. Gegaran ini menyebabkan kemusnahan besar dengan ribuan kehilangan tempat tinggal. Angka terkorban meningkat sehingga pada 14 Januari adalah 1790 orang.

Antara bangunan yang ranap adalah:
• Pondok2 kecil
• Istana presiden
• Bangunan ibu pejabat pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

HAITI kini mengharapkan bantuan masyarakat dunia untuk memberi bantuan kemanusiaan.



Istana presiden ranap sama sekali – Presiden dilaporkan selamat…



Perkampungan yang ranap... Allah-Huakbar



Perempuan ini terselamat…bagaimanakah nasib keluarga nya???......


~ Kita seharusnya bersyukur dengan keamanan yang diberi…
~ Jika dikehendakikan tuhan semuanya boleh hilang sekelip mata…
~ Sama2 kita mendoakan semoga ramai yang masih terselamat walaupun HAITI bukanlah Negara ISLAM (ia adalah Negara kristian ≈ 80%) tetapi mereka tetap dari darah daging ADAM…

No comments: