Saturday, January 8, 2011

tukar kadar pinjaman PTPTN anda dari 3% kepada 1% ... oh yeah..

assalamualaikum...

baru tahu hal ni dari housemate
kalau yang dulu2 peminjam PTPTN dikenakan kadar 3%
tapi sekarang ni dah ditukar kepada 1%

jadi siapa yang tak tukar lagi tu jomm...tukar ramai2..


STEP 1
masuk ke web page rasmi PTPTN <<< tekan sini


STEP 2
click pada aplikasi no.4: Kemaskini Maklumat Ujrah



STEP 3
Daftarkan diri dengan isikan IC & email anda yang aktif


STEP 4
Pergi tidur dulu atau makan2 ke, anyam ketupat ke, tengok movie ke... sebab email nak sampai memang agak lama, tengok pada line


STEP 5

Bukak email gmail / yahoomail korang dan akan ada link
click link itu


STEP 6

isi la apa yang patut dalam ruangan yang disediakan


ok siap... nikmati la kadar 1% korang tu

tapi ada sesuatu yang memuskil kan hati

dekat ruangan FAQ dia ada tertulis:


Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?

Jawapan :

Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1%
layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman
PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :

i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang
ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal
pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)


situ yang aku BOLD kan tu...
kalau ikut pemahaman la, dengan kata lain, mereka yang ditawarkan biasiswa dari pihak lain macam JPA/YAYASAN semasa pengajian dan terpkasa membatalkan pinjaman PTPTN dorang tak boleh la nak mohon kadar 1% ni kan???

hmmm <<< hampa sekejap

Friday, January 7, 2011

benarkan aku untuk tahu...

Assalamualaikum...

Pertama,
Tang aku tahu
Jika itu maka itu
Jika ini maka ini

Kedua,
Yang aku tahu
Jika kesa maka sana
Jika kesini maka sini

Ketiga,
Yang aku tahu
Tidak walau sekali
Utara ke selatan
Barat ke timur

Keempat,
Yang aku tak tahu
Memang aku tak pernah tahu
Mungkin kau tak bagitahu

Kelima,
Sebelum nafasku kembali
Benarkan aku untuk tahu

Wednesday, January 5, 2011

salah hantar SMS...kahkahkah

assalamualaikum...

waktu sekarang 8:50 pagi... diluar hujan tak henti2 lagi. aish... camne nak pergi kelas ni...
minggu ni adalah minggu pertama kuliah bermula untuk semester baru ni...
rasanya dah ramai dah blogger kuar kan entry pasal kuliah minggu pertama nih...
ada apa pada minggu pertama ni... semua nya kelam-kelambut...


malam tadi ade la classmate datang bertandang ke rumah sewa ni, lepas makan malam katanya... order nasi goreng tak sampai2... <<< nak hukum apa kat kedai macam ni???

aku yang lepas baru bersolat Isyak ni, tiba-tiba dikejutkan dengan kata-kata carut-marut kurang enak dari beliau. Terkesima jap, hampir aku pun mengeluarkan kata carut-marut kurang enak

segera aku menjenguk ruang tamu


Mr.A : oiii... aku salah hantar message... arrrghhh...kat makcik aku lak tu. Nasib baik aku tak taip 'sayang' ke ape ke... kalau tak kecohh.... adooiiii


hahaha... gelak jap dalam hati... boleh pulak salah hantar SMS...
nasib baik bukan SMS 18 SX ke kan...huhu kalau tak haru biru jawabnya

Sunday, January 2, 2011

langkah pertama di tahun baru.....

assalamualaikum...

.tahun baru.entry yang pertama.


"Sesungguhnya rahmat tidak akan turun atas kaum yang memutuskan hubungan silaturrahim"

Hadis riwayat al-Ashbahan