Sunday, October 28, 2012

sembahyang raya pukul berapa?

Salam readers. amcam cuti raya korban ni? Jangan sampai korang lak yang terkorban makan daging banyak sangat sudah la.

Aku macam biasa je. Balik Shah alam aje la. Ni je la kampung yang ada. Tempat untuk kembali. Tehee.

Senang la balik Shah alam ni tak payah nak susah-susah beli tiket. Pastu jem pulak tah berapa jam pulak. huhu..

Eh korang pergi tak solat raya korban masa hari jumaat tu. Aku tak pergi pun. Boleh tak nak cakap macam tu.huhu. Yela, boleh tak, kalo tahun-tahun lepas, solat raya kan dalam 8.30 pagi camtu kan. Tempat korang pun sama kan.

Tapi, bila aku dengan famili pergi masjid tuk solat raya, masa tu dalam 8.10 pagi camtu la. Kami sampai jemaah semua dah balik la woi.. Masa mula-mula tu memang pelik la. Lepas dah tinjau-tinjau dari dalam kereta, memang sah dah balik.

Lepas tu, berkejar la kami ke masjid Seksyen 16, semangat tu. Sampai sana je. Belum mula lagi solat nya. tapi dah tak muat la, sebab masjid tu tengah renovation. So, solat raya nye pun dia buat open air. Dah penuh, eh jom try masjid negeri pulak.

Sampai masjid negeri, mak hoi...lagi ramai orang weh.. melimpah ruah. Tengah nak cari parking, tup2 dah solat la pulak.. OK bagi signal ke kiri, kita balik sekarang. Tak ada rezeki tahun ni, tak pa la. OTW balik tu singgah pulak masjid Seksyen 18. Saja nak datang tengok walaupun tahu memang orang semua dah start solat.


Masjid Padang Jawa >> Masjid Seksyen 16 >> Masjid Shah Alam >> Masjid Seksyen 18 >> BALIK!!


Dengar2 cerita masjid padang jawa ni dia start solat pukul 7.40 pagi. Haru biru dibuat nya.


Salam aidiladha guys ~ : )




1 comment:

iamazue said...

tak tahu pulak cerita tak sembahyang raya haji tahun ni...

standard lah family kita, 10 minit nak start sembahyang baru sibuk nak keluar rumah... huhuuu...