Saturday, May 28, 2011

random status: RIP

Assalamualaikum...



Current status: Rest in Peace

..oi bukan mati la, cuma berehat secukupnya untuk menghadapi minggu depan.


Actually minggu depan nak pergi Terengganu. Bukan melancong tapi rombongan khawin and amek sumua barang-barang yang tertinggal kat sana tu. Okeh tak sabar.





*tengah fikir nak buat Contest tapi tak ada idea nak buat yang kreatif punya. First time kot.

Friday, May 27, 2011

keje part time

Assalamualaikum...


adoi letih kerja part time nih. Last week aku start kerja part time as

~House keeping~



korang gelak ek. hahaha. dah boring sangat duduk rumah ni. menghabiskan beras aje baik aku keje, ye tak? At least dapat la jugak duit pocket, kumpul-kumpul untuk beli Balckberry huhu...

Penat oi kerja House keeping ni. First day aku dah kena kerja sampai pukul 7 petang punch out jam 7.30 petang. House keeping department pun dah sunyi sepi masa tu, tapi aku still kerja, apakah? nak cari duit lebih tak beragak.

So meh aku cerita profession aku sekarang ni sebagai 'Part Time House Keeping'. Aku kerja kat hotel 'Grand Bluewave Hotel' Shah alam. So ulang alik aje la dari rumah kat Padang jawa ni naik moto aku tu.




Skop kerja aku adalah menolong 'permanent' house keeping kat hotel tu. Masa sekarang ni hotel tu menerima kumpulan yang nak buat function la, seminar la, so dorang kena kerja cepat2, kemas bilik cepat-cepat sebab nak menampung permintaan. Masa-masa macam ni la Part time house keeping ni di perlukan.

Sebab ape penat? Anda perlula bergerak sangat laju dari yang biasa anda gerak dengan kualiti kerja yang terbaik, kemas dan bersih serta mengikut piawaian. Skema tak hehe.. sebab tu la penat siket eh silap BANYAK... Aku ni dah la gerak slow motion aje, tetiba nak gerak laju-laju ni, mau tak longgar sume tulang temulang eden..huhu..

Apa yang bestnya kerja kat hotel ni? Makan free kerja penat. okeh tak sebagai kesimpulan huhu


Tapi tak apa, bukan tak biasa penat kan, dulu pun lagi teruk punya pun ade (tak mahu cerita huhu)....

Okeh hari ni part timer tak di perlukan so aku cuti la, boleh la update untuk korang semua huhu



Tuesday, May 24, 2011

random status: cough throat

.
.
.
.
.
.
.
currently under cough throat
.
.
.
.
.
.
.



so how cough throat can happen?

actually cough is important event to make sure a airways clear.

But under excessive cough one may caught in diseases and disorder

Cough can be either DRY or PRODUCTIVE (with mucus).

Mine is PRODUCTIVE. T_T

Prevention:

  • Don't smoke and stay away from secondhand smoke.
  • If you have seasonal allergies like hay fever, stay indoors during days when airborne allergens are high. If possible, keep the windows closed and use an air conditioner. Avoid fans that draw in air from outdoors. Shower and change your clothes after being outside.
  • If you have allergies year round, cover your pillows and mattress with dust mite covers, use an air purifier, and avoid pets and other triggers.

Read more here

Take a short diagnose chart here
iam done it and it say, mine is caused by cold condition and maybe i get flu.
i strongly agree that cold condition is a cause for my cough throat
i have been on aircond treatment for more than 5 hours.. *sigh



Friday, May 20, 2011

pet baru..bukan pet-pet ek..

Assalamualaikum...

salam jumaat readers. Past 2 month, aku mula aktiviti bela-membela ni. Bukan bela jin atau penunggu gunung raya mahupun anak ikan mak. Tapi membela ikan.

Semua ni berpunca dari kawan serumah aku la yang gila ikan dan memancing ni. Aku ni mane la tahu erti keseronokan memancing yang bosan okeh. And then satu hari dia pergi membeli ikan laga. aku teruja jugak tengok ikan laga dia tu. Alih-alih aku yang terikut sama cis... beli la aku ikan laga pertama aku dalam hidup. Kecik-kecik aku mana main ikan laga ni. haiwan-haiwan ni aku tak main la. Tak suka. tapi tu masa kecik la. skang ni orite je.... jom usha gambo2 kat bawah ni. Tenet slow penat nak tunggu dia upload. Grrr...


Aku ada 2 species ikan laga ni

Betta imbellis

ada kat tenet panggil 'peaceful betta'
tak tahu la nape panggil macam tu. mungkin sebab dia baik kut berbanding ikan laga lain dan yup memang dia sangat peaceful. Bila nak mengawan tu memang dia tak gaduh dengan pasangan dia. Species ini adala species liar (wild type)

yang ni dah jadi arwah sebab kene panjing ngan cicak masa jaga anak dia



Betta splendens

yang ni pulak ada la keluarga betta yang ada ekor sangat menawan. dan sebetulnya semua peminat ikan laga akan membela dari species ini dan dari ekor dorang yang menawan ni la yang membezakan ikan laga ni satu sama lain.
Ada banyak kategori ekor dia

half-moon
crown tail
double tail
plakat



dan family terbaru untuk pet aku adalah ikan Guppy
tengok macam senang aje nak bela ikan guppy ni so aku try aje la

ikan guppy ni baru 5 hari aku bela dah mati 2 ekor...
ingat nak tambah lagi la ikan guppy ni huhu


minta maaf sekali lagi hahaha...

Assalamualaikum..

morning readers. hehehe.. minta maaf la ye dah lame tak update blog. Aku rasa masuk ni lebih 2 entry aku pasal blog bersawang dan tak update ni. Lama-lama blog aku ni penuh dengan entry yang macam ni jela.

By the way, aku dah selamat sampai di rumah. aku balik ahad malam hari tu. ramai sungguh rakan dan taulan yang datang menghantar aku ke stesen bus dan sampai la bus aku bergerak. Thanks all. :) oh tiba-tiba sedih pulak. Arrghh...

Sekarang dah 5 hari aku duduk rumah ni. Tak banyak benda yang aku buat melainkan tengok TV, main game dan tenung ikan huhu... Oh ye cakap pasal ikan aku ade janji nak wat enty pasal pet baru aku ni. tapi tenet kat rumah ni slow la. So bila nak facebooking or blogging kena la bersabar sikit. Tu pasal la aku tak update blog ni... boleh terima tak alasan ni hehehe.

Motor yang aku post dari kuala Terengganu dah sampai semalam. Aku punya la bungkus motor tu macam mumia dah, tapi calar jugak. Adeh.. lame-lama dah ape corak la ada kat cover set moto aku tu.

okeh la. Entry kali ni dry aje, nak upload gambar tapi tenet ni macam ape je...


:bye-bye:


Monday, May 16, 2011

coretan untuk rakan seperjuangan

Assalamualaikum


penulisan ini untuk rakan-rakan terbaik ku.

second batch


ijazah sarjana muda bioteknologi pertanian

universiti sultan zainal abidin

Terengganu

....................................

2102400 minit adalah waktu kita bersama mengukir tawa dan tangis

umpama penyu

setelah 4 tahun menghabiskan masa didalam hatchery, kini tiba masa untuk dilepaskan ke lautan luas yang kita tak tahu dimana penghujung dan juga bingung dimana mahu bermula.

some stand still, dont know where to go

some swim slowly at water surface, following sea current

some going deep into the dark sea floor,gonna find something

some going far away to new ocean

some swim with shark, befriend, take advantage

some remain at hatchery

but how many will return to lay eggs still dont know

...................................



.
.
.
hendaknya 2102400 minit ini tidak dilupai
.
.
.
.
.
.
.

Saturday, May 14, 2011

bersihkan blog. o_0

Assalamualaikum...

selamat pagi readers, agak terbersin-bersin nak bersihkan sawang kat blog ni. Abis tayar pon dah berkarat nih. Maaf kepada semua sebab sangat lama tak update blog dengan entri-entri baru. Hanya sempat bagi tahu dekat shoutbox aje yang aku ni sebenarnya dalam kesibukan dunia huhu... Menguruskan hal-hal dunia memang selalu macam ni.

Past 2 days baru la dah free dari sibuk-sibuk ni. Current status, sedang packing barang untuk balik ahad malam ni. Bagi sesape yang tak tahu tu, aku baru je habis pengajian 4 tahun ni. Sekarang ni sibuk mencari kerja. Tak mau tanam anggur la. Anggur masam.

Semalam ingat nak update blog, alih-alih 'blog' kene 'blok'. aku pun risau. berdebar kot. awat aku punya blog kene blok ni. blogspot ni dah tak free ke? dah nak kene bayar pulak ke? Kene beli domain ke kalau nak bloging pasni? Macam-macam syaitan memberi pandangan kurang bernas untuk menambah kebimbangan aku.. Lepas aku klik link yang kuar tu, oh baru la aku tau, blogspot ni under maintenance. ingat kan dah tamat la career aku sebagai blogger nih huhu ceh career tu..hehe

sampai sini jela kut, taip banyak-banyak nnati penat korang nak bace. tangan pon leguh menaip ni. badan pon sakit sebab taip sambil baring adeh~~

Bye-Bye



~farewell party~
o_0


Monday, May 2, 2011

time to packing harta karun selama 4 tahun

Assalamualaikum...

Masih tak ada idea nak buat contest macam mana....

Sekarang dalam mood packing-packing barang. Packing barang untuk apa? Sekarang ni aku dah dalam sem akhir balajar kat U nih. Khamis ni je paper last then, boleh berambus-pulang ke rumah tercinta sangat.




Oh seriously..

iam kind of miss my home right now

..AND..

kind of hard to leave this 4 years memories behind



What ever my feeling right now,

time go on

it is a time to go to next stage of life

stop being student and

be a teacher

be a father

be a human



-wah, falsafah apa dah aku kuarkan malam ni- -my friend masuk wad la...kind of worry-



Sunday, May 1, 2011

Ahaaaaa....lega

Assalamualaikum...

Mula-mula sapu semua sawang kat dalam blog ni.Tak tahan dorh nak blogwalking, layan-layan blog ni. 2 minggu kot tak menjeguk blog sebab exam final sem dan final year juga. Mood: sedih :(

Ok, cukup sedih sesaat dua sudah. sedih lame-lame tah ape jadinya haha.

Eipp...hari ni 1 MEI, hari cuti rakyat Malaysia, dan hari ni hari ahad, hari yang memang cuti. Maka dengan itu ganti esok pun cuti. Yang demikian, semua orang cuti lame-lama. aku tak paham dah apa aku cakap ni haha.. harap korang semua cuti dengan baik la hendaknya.

Eipp.. hari ni bangun awal, tapi tak tahu nak buat apa. Last-last duk melangut kat depan anak-anak ikan semua. Bari menetas tu yeayy... Entri seterusnya aku cite pasal anak-anak ikan aku ni.


Sekarang blogwalking dulu. membalas kunjungan, follow-follow, comment-comment dan fikir untuk wat contest macam mana yang aku pernah janji nak buat dulu kat entri ini

exam kan nak wat camner....


jom blogwalking while holding hand

Kecik-kecik dah pandai ek


Besar-besar bercinta pulak


Happy family.. :)


Bahagia sampai ke tua
still holding hand

~OH~