Sunday, November 25, 2012

perangai macam tu dan macam ni

salam readers...

Hohoho... dah lame sangat kot tak update blog ni. Sorila, recently kat office tak boleh nak login ke blogger. Kenapa ek? pelik jugak. Nak kata kena blok, blog lain boleh pulak bukak.

This one, i baru je install bloggerdroid apps kat my tablet. hehehe... Tablet ok, bukan galaxy note or apetah lagi i-pad..

Geram dengan perangi orang sekeliling... nanti i cerita.. sekaran jom sarap dulu..

from rumah sewa pajam ~ bloggerdroid
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 6, 2012

coming upright - air panas sungai klah

salam, hye readers. oooohhh...dah lama sangat ko tak update blog ni. konfem la bersawang. Ni pun curi-curi masa rehat tengah hari ni nak update sikit. Kurang la bersawang sikit blog ni. Komputer aku masih rosak, wifi pulak tak ada. So malam-malam mati kutu tak tahu nak buat apa.

Eyh... hujung minggu ni nak ke Air Panas Sungai Klah. Biasa la cuti cuti diwali ni.

ni la trademark dia.. sotong gergasi


hujung minggu ni... :)


Sunday, October 28, 2012

sembahyang raya pukul berapa?

Salam readers. amcam cuti raya korban ni? Jangan sampai korang lak yang terkorban makan daging banyak sangat sudah la.

Aku macam biasa je. Balik Shah alam aje la. Ni je la kampung yang ada. Tempat untuk kembali. Tehee.

Senang la balik Shah alam ni tak payah nak susah-susah beli tiket. Pastu jem pulak tah berapa jam pulak. huhu..

Eh korang pergi tak solat raya korban masa hari jumaat tu. Aku tak pergi pun. Boleh tak nak cakap macam tu.huhu. Yela, boleh tak, kalo tahun-tahun lepas, solat raya kan dalam 8.30 pagi camtu kan. Tempat korang pun sama kan.

Tapi, bila aku dengan famili pergi masjid tuk solat raya, masa tu dalam 8.10 pagi camtu la. Kami sampai jemaah semua dah balik la woi.. Masa mula-mula tu memang pelik la. Lepas dah tinjau-tinjau dari dalam kereta, memang sah dah balik.

Lepas tu, berkejar la kami ke masjid Seksyen 16, semangat tu. Sampai sana je. Belum mula lagi solat nya. tapi dah tak muat la, sebab masjid tu tengah renovation. So, solat raya nye pun dia buat open air. Dah penuh, eh jom try masjid negeri pulak.

Sampai masjid negeri, mak hoi...lagi ramai orang weh.. melimpah ruah. Tengah nak cari parking, tup2 dah solat la pulak.. OK bagi signal ke kiri, kita balik sekarang. Tak ada rezeki tahun ni, tak pa la. OTW balik tu singgah pulak masjid Seksyen 18. Saja nak datang tengok walaupun tahu memang orang semua dah start solat.


Masjid Padang Jawa >> Masjid Seksyen 16 >> Masjid Shah Alam >> Masjid Seksyen 18 >> BALIK!!


Dengar2 cerita masjid padang jawa ni dia start solat pukul 7.40 pagi. Haru biru dibuat nya.


Salam aidiladha guys ~ : )




Monday, October 22, 2012

Anak, Ayah dan Doktor


Sekadar perkongsian...


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"Sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang.. Jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..?? Kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi & berkata :

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci "drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali".. Doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam.. X lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"Alhamdulillah..anak anda selamat..!", dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah. "Kalau kamu ada sebarang soalan.. Kamu boleh tanya jururawat..!"

"Kenapa doktor 2 sombong sangat..?! X boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!", komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.. Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik.. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.." -Terbakor