Thursday, June 16, 2011

Astro First penyebab cetak rompak?

Assalamualaikum...


Betul ke ni? Astro First penyebab cetak rompak?... Korang tau tak Astro first tu ape? Kalau tak tau jangan duk kat Malaysia la hahha....

Astro First adalah aplikasi berbayar dari Astro yang membolehkan kita tengok wayang terbaru dari rumah aje. Tengok kat TV la. Pastu kita boleh rakam dan cetak banyak-banyak dan jual. Hah? Apakah?

Ini betul la. Cuba fikir. Kita tengok wayang tu kat rumah, TV kita, rumah kita, kalau kita rakam pun cerita wayang yang baru kuar tu, siapa yang tahu betul tak. eh aku bukan ajar korang jadi lanun cetak rompak keh..aku bagi tau je...

kalau orang macam aku boleh fikir, apetah lagi lanun-lanun diluar sana, betol tak?


*aku buat entry ni sebab aku nampak lambang astro first kat DVD cetak rompak yang kakak aku beli. cite 'Kongsi: Lu Langsi Lu Mati'. Cite ni tak best. sekian

Sunday, June 12, 2011

tahniah terengganu

Assalamualaikum...


oh yeah


perlawanan akhir piala FA 2011

malam tadi

Terengganu juara

Oh yeah


kenapa ko gembira? ko bukan orang Terengganu pon...

suka hati aku la, lagi pun aku belajar sana. kalau kelantan lagi tak da kait ape-ape pun ngan aku...so Terengganu is mah choice... oh yeah




Friday, June 10, 2011

lokasi konsert akhir AF9 depan masjid???

Assalamualaikum....


Tadi masa tengah blogwalking nih, ternampak pulak satu tajuk entry dalam blogger nih (sini). Pasal lokasi konsert akhir AF9 nih yang dekat dengan masjid. hoh! dengan pantas aku meng-google perkara tersebut. dan ada beberapa carian yang menyebut hal yang sama. dari blogger jugakla yang concern pasal benda ni dan buat entry pasal benda ni.

Ada dua blogger yang dah up kan pasal benda nih. Ade 3 sebenarnya, tapi tak boleh nak masuk pulak.

kat sini

cik jari tembam

suratan kebetulan



dari entry 2 blogger tersebut, konsert berkenaan di buat di Putrajaya. Well kat putrajaya tu ada 2 masjid kan. aku rasa yang ni masjid besi. Tengok dari design dia la. dan ia hanya 500 m dari masjid tu. Dekat kan? Tak dekat ke. bagi aku dekat sebab kawasn tu kan lapang. kalau kawasan lapang ni 1 km pun dekat dowh.


Kenapa ek ASTRO pilih lokasi macam ni? Macam Malaysia ni kecik sangat sampai takda tempat lain yang lagi sesuai ke. Memang la acara bermula selepas Isyak tapi tu kan masjid. Tempat suci kot. walaupun 500 m tapi kesucian kena la jaga walau macam mana pun. Sekali bah datang, menuju puncak la...

Kat bawah ni ada gambar yang aku copy-paste-upload dari blog mereka.















:)(:


Link