Saturday, May 29, 2010

imam..oh imam.... ape nak jadi la...

assalamualaikum....

IMAM 'SIMPAN' KEKASIH

PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.

Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.

Walaupun pintu rumah terbabit diketuk berulang- kali, penghuninya mengambil tempoh lama kononnya tidak terjaga daripada tidur sebelum membuka pintu dan penguat kuasa mendapati pasangan itu sudah lengkap berpakaian.

Imam terbabit dipercayai menipu jemaah surau dan penghuni di taman perumahan itu dengan penampilan alim termasuk memberikan ceramah agama kepada warga emas di kedua-dua surau di taman berkenaan.

Bukan itu saja, imam terbabit yang mendakwa memiliki ilmu hasil pengajian di sekolah pondok selain dipercayai menggunakan taktik mencedok hasil ceramah tokoh agama terkenal dalam kaset dan cakera padat bagi meyakinkan orang ramai mengenai ketinggian ilmu agama dimiliki.

Putar belit imam muda terbabit semakin ‘menjadi’ apabila penghuni dan jemaah surau mudah mempercayainya selepas lelaki terbabit memberitahu wanita yang tinggal bersama di rumahnya adalah isteri yang sah.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral imam itu terbongkar selepas segelintir penghuni taman yang curiga membuat laporan kepada Jais yang mendapati wanita terbabit bukan isteri, tetapi teman wanita lelaki berkenaan dan sudah tinggal bersama tanpa ikatan sah.

Tanpa berselindung, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, tidak menolak kemungkinan sudah berlaku hubungan kelamin di antara imam terbabit dengan teman wanitanya itu berdasarkan tempoh lebih sebulan mereka tinggal bersama di rumah itu.

Beliau berkata, apabila seorang lelaki dan wanita yang tidak ada hubungan sah berdua-duaan, sudah pasti ada iblis yang menggoda dan tidak masuk akal jika mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral sepanjang lebih sebulan tinggal bersama di rumah itu.

“Kami sebenarnya hairan bagaimana seorang imam yang turut diberi kepercayaan mengajar agama di surau berkenaan boleh melakukan maksiat dan dan menipu orang ramai menggunakan penampilan alimnya.

“Perbuatan ini cukup memalukan apabila penampilan alim imam terbabit dan kononnya ada ilmu digunakan untuk melindungi kegiatan maksiat yang dilakukan dengan ‘buah hati’ bagi mengelak tindakan pihak berkuasa,” katanya, semalam.

Bukan itu saja, Shahrom berkata, imam terbabit memperdayakan jemaah surau dan penghuni taman perumahan berkenaan dia sudah berkahwin di luar negara.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati wanita itu yang juga pekerja swasta bukan isterinya dan mereka bersekedudukan sejak lebih sebulan lalu berdasarkan maklumat awam diperoleh.

“Walaupun imam berkenaan memberi pelbagai alasan kononnya datang ke rumah itu pada waktu tertentu bagi melihat ‘buah hatinya’, siasatan mendapati dia memang tinggal di rumah itu bersama wanita berkenaan,” katanya Shahrom berkata, imam terbabit dan pasangannya sudah diambil keterangan awal sejurus mereka ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.

Menurutnya, mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Jais di Shah Alam bagi merekodkan keterangan lebih teliti sebelum dihadapkan ke mahkamah berhubung kesalahan dilakukan.


SOURCE:http://sumijelly.com/2010/05/27/imam-‘simpan’-kekasih/


^= SPEECHLESS =^


Friday, May 28, 2010

sabar...sampai bila????

assalamualaikum....


"Ya ALLAH, aku bersyukur kepada mu kerana mengurniakan diriku tahap kesabaran yang tinggi dan kemarahan yang mampu aku kawal"


sudah la... sampai bila kah kesabaran ini mampu bertandang di hati

aku takut bila perginya sabar ini

apakah yang akan terjadi


“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.”

(Surah al-Baqarah, ayat 45)

Sunday, May 23, 2010

orang buta dan komuter...

assalamualaikum..

2 hari lepas berpeluang balik kerumah

setelah seminggu ber'LI' di Agensi Nuklear Negara (MINT), Bangi (baru seminggu je pon dah nak balik kan hahaha)

dengan menaiki komuter

dari stesen UKM - stesen Padang jawa

RM 5.20 sehala = total RM10.40 pergi balik



berpeluang lah aku mencerap (wah...) segala gelagat manusia yang menaiki komuter bersama aku... hehe.. (cuci mate)

0000...rupenye camtu je rupe koc (gerabak) wanita....

ingat kan KTM g cat balik koc tu warna merah jambu..

rupe2nye... pakai sticker aje... dah la senget kot sticker tu..

siap ade slogan... 'Ladies only at all time' 

tapi tak pe la tak penting...

dengan adenye koc wanita (koc tengah), koc kiri dan kanan dier habis penuh ngan orang..

koc wanita tu hampeh cam tak penuh aje... (mase tu la..mase lain aku tak tau...)

mase tengah berdiri dalam komuter nih tetiba je ada one blind lady masuk secara meluru (mgkin sebab kene tolak kut..orang berasak2 nak masuk)

kesian...nasib baik tak jatuh... and masa tu ade one young guy yang baik hati menolong...SYABAS kepada dia...hoooohoooo

sampai di stesen kl sentral, ade pulak seorang makcik yang baik hati menolong... SYABAS kepada makcik tu.... hoooohoooo

baik2 sume rakyat Malaysia nih, baik yang muda dan yang tua... menolong orang kurang upaya a.k.a OKU

tapi tak semua buah akan masak dengan elokkan, mesti ade yang buruk..

makanya fikir2 kan lah...

^= alamak.. proposal FYP tak siap lagi la... :( =^

Sunday, May 16, 2010

its took away my mood..

assalamualaikum

salam semua

firstly >> blog ni dah bersawang...dah lame sangat tak di-update... sori

second >> mood aku hilang untuk berblogging bile dah baik demam hari tu... so suddenly... blog aku pon aku tak bukak...ni pulak nak ber-blogwalking 


current situation

aku berada di kolej zaaba UKM, stay sini 6 minggu sebab ade praktikal a.k.a latihan industri

the place is quite messy but i should be grateful (alhamdulillah) because some of my friend got place to stay but its so far away from practical site 

bye everyone

^= post kali ini tak ada gambar pon =^