Monday, May 31, 2010

kene tagged: best jugak jawab di waktu boring...

assalamualaikum...

kene tagged oleh terompah in da house

jomm dengar kan jawapan aku....


1) apa yang bermain di fikiran you all sekarang?
iam thinking of going back to terengganu.... OMG what happend to me....

2) apakah nama samaran you all?
mengikut turutan yang orang panggil dari kecik smapi besar leni

nye - D.E - K-lo

3) berikan 3 orang yang you all sayang?

parents - family - friends

4) panggilan untuk si dia?
- hmmmm......

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?
sebuah masjid maybe :D

6) blog mana yang you all suka visit?
a tale of homosapiensz - siti hajar saadon - kamikaze - tak ingat dh la...ade 4 @ 5 lagi...sori

7) tag kan kepada 15 blogger you all
 alamak...tak ke byak sgt 15 tu....

-mrhomosapiensz

-hajar

-anom

-asrul

-rini

-cukup la....


Saturday, May 29, 2010

imam..oh imam.... ape nak jadi la...

assalamualaikum....

IMAM 'SIMPAN' KEKASIH

PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.

Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.

Walaupun pintu rumah terbabit diketuk berulang- kali, penghuninya mengambil tempoh lama kononnya tidak terjaga daripada tidur sebelum membuka pintu dan penguat kuasa mendapati pasangan itu sudah lengkap berpakaian.

Imam terbabit dipercayai menipu jemaah surau dan penghuni di taman perumahan itu dengan penampilan alim termasuk memberikan ceramah agama kepada warga emas di kedua-dua surau di taman berkenaan.

Bukan itu saja, imam terbabit yang mendakwa memiliki ilmu hasil pengajian di sekolah pondok selain dipercayai menggunakan taktik mencedok hasil ceramah tokoh agama terkenal dalam kaset dan cakera padat bagi meyakinkan orang ramai mengenai ketinggian ilmu agama dimiliki.

Putar belit imam muda terbabit semakin ‘menjadi’ apabila penghuni dan jemaah surau mudah mempercayainya selepas lelaki terbabit memberitahu wanita yang tinggal bersama di rumahnya adalah isteri yang sah.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral imam itu terbongkar selepas segelintir penghuni taman yang curiga membuat laporan kepada Jais yang mendapati wanita terbabit bukan isteri, tetapi teman wanita lelaki berkenaan dan sudah tinggal bersama tanpa ikatan sah.

Tanpa berselindung, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, tidak menolak kemungkinan sudah berlaku hubungan kelamin di antara imam terbabit dengan teman wanitanya itu berdasarkan tempoh lebih sebulan mereka tinggal bersama di rumah itu.

Beliau berkata, apabila seorang lelaki dan wanita yang tidak ada hubungan sah berdua-duaan, sudah pasti ada iblis yang menggoda dan tidak masuk akal jika mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral sepanjang lebih sebulan tinggal bersama di rumah itu.

“Kami sebenarnya hairan bagaimana seorang imam yang turut diberi kepercayaan mengajar agama di surau berkenaan boleh melakukan maksiat dan dan menipu orang ramai menggunakan penampilan alimnya.

“Perbuatan ini cukup memalukan apabila penampilan alim imam terbabit dan kononnya ada ilmu digunakan untuk melindungi kegiatan maksiat yang dilakukan dengan ‘buah hati’ bagi mengelak tindakan pihak berkuasa,” katanya, semalam.

Bukan itu saja, Shahrom berkata, imam terbabit memperdayakan jemaah surau dan penghuni taman perumahan berkenaan dia sudah berkahwin di luar negara.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati wanita itu yang juga pekerja swasta bukan isterinya dan mereka bersekedudukan sejak lebih sebulan lalu berdasarkan maklumat awam diperoleh.

“Walaupun imam berkenaan memberi pelbagai alasan kononnya datang ke rumah itu pada waktu tertentu bagi melihat ‘buah hatinya’, siasatan mendapati dia memang tinggal di rumah itu bersama wanita berkenaan,” katanya Shahrom berkata, imam terbabit dan pasangannya sudah diambil keterangan awal sejurus mereka ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.

Menurutnya, mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Jais di Shah Alam bagi merekodkan keterangan lebih teliti sebelum dihadapkan ke mahkamah berhubung kesalahan dilakukan.


SOURCE:http://sumijelly.com/2010/05/27/imam-‘simpan’-kekasih/


^= SPEECHLESS =^


Friday, May 28, 2010

sabar...sampai bila????

assalamualaikum....


"Ya ALLAH, aku bersyukur kepada mu kerana mengurniakan diriku tahap kesabaran yang tinggi dan kemarahan yang mampu aku kawal"


sudah la... sampai bila kah kesabaran ini mampu bertandang di hati

aku takut bila perginya sabar ini

apakah yang akan terjadi


“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.”

(Surah al-Baqarah, ayat 45)

Sunday, May 23, 2010

orang buta dan komuter...

assalamualaikum..

2 hari lepas berpeluang balik kerumah

setelah seminggu ber'LI' di Agensi Nuklear Negara (MINT), Bangi (baru seminggu je pon dah nak balik kan hahaha)

dengan menaiki komuter

dari stesen UKM - stesen Padang jawa

RM 5.20 sehala = total RM10.40 pergi balik



berpeluang lah aku mencerap (wah...) segala gelagat manusia yang menaiki komuter bersama aku... hehe.. (cuci mate)

0000...rupenye camtu je rupe koc (gerabak) wanita....

ingat kan KTM g cat balik koc tu warna merah jambu..

rupe2nye... pakai sticker aje... dah la senget kot sticker tu..

siap ade slogan... 'Ladies only at all time' 

tapi tak pe la tak penting...

dengan adenye koc wanita (koc tengah), koc kiri dan kanan dier habis penuh ngan orang..

koc wanita tu hampeh cam tak penuh aje... (mase tu la..mase lain aku tak tau...)

mase tengah berdiri dalam komuter nih tetiba je ada one blind lady masuk secara meluru (mgkin sebab kene tolak kut..orang berasak2 nak masuk)

kesian...nasib baik tak jatuh... and masa tu ade one young guy yang baik hati menolong...SYABAS kepada dia...hoooohoooo

sampai di stesen kl sentral, ade pulak seorang makcik yang baik hati menolong... SYABAS kepada makcik tu.... hoooohoooo

baik2 sume rakyat Malaysia nih, baik yang muda dan yang tua... menolong orang kurang upaya a.k.a OKU

tapi tak semua buah akan masak dengan elokkan, mesti ade yang buruk..

makanya fikir2 kan lah...

^= alamak.. proposal FYP tak siap lagi la... :( =^

Sunday, May 16, 2010

its took away my mood..

assalamualaikum

salam semua

firstly >> blog ni dah bersawang...dah lame sangat tak di-update... sori

second >> mood aku hilang untuk berblogging bile dah baik demam hari tu... so suddenly... blog aku pon aku tak bukak...ni pulak nak ber-blogwalking 


current situation

aku berada di kolej zaaba UKM, stay sini 6 minggu sebab ade praktikal a.k.a latihan industri

the place is quite messy but i should be grateful (alhamdulillah) because some of my friend got place to stay but its so far away from practical site 

bye everyone

^= post kali ini tak ada gambar pon =^

Sunday, May 9, 2010

aku dah sihat....YEEEHHAAAA!!!

assalamualaikum

setelah berehat selame hampir seminggu

karena diserang

sakit kepala
+
demam

aku akhirnya kembali sihat

setelah dengan tekad nya membiarkan diri bermandi peluh

aku g tutup kipas dan duk sesorang kat ruang tamu

abes lencun

dan sekarang aku leh wat ni



dan ini juga




hahaha

Alhamdulillah...

^= YEEEEEHHHAAA =^

Thursday, May 6, 2010

sakit kepale macam nak meletop....

assalamualaikum...

ni adalah entry kedua lepas dah selamat sampai rumah

ingat kan nak update hari2 tapi..





sakit kepala telah meyerang dengan ganas nye

aku akhirnya tewas dan terlantar tanpa upaya selama 3 hari (hahaha)

betul weh sakit gile kepale aku

tah bacteria ape ade dalam kepala aku nih

cam nak meletop... boommmm...

setelah mendapatkan sedikit nasihat dari kawan yang belajar medic di Russia

barula elok sikit

so baru ada upaya nak menaip entry ni huhu

so then aku nak bagi korang sedikit tips la kalau korang kena serang sakit kepala melampau cam aku nih... 3 hari wooo... xbleh tahan

tips ni base dari apa yang kawan aku advise

bace ek...

- yang paling utama adalah pastikan punca pening/sakit kepala anda e.g perubahan cuaca, conflik, tak cukup tidur. Ini faktor utama. bila dah dapat kesan punca nye, try to avoid sume nih sebaik yang boleh.

- kalau tak menjadi jugak dan ia berlarutan selame beberapa hari macam kes aku nih, pengambilan simple pain killer boleh lah di ambil, cam panadol ke, activefast ke....

- kalo sakit/pening kepala, jangan terus makan pain killer nih sebab dikhuatiri badan akan kebal kepada pain killer dan next time kalau sakit kene amek more dose sebab nak atasi kekebalan badan yang telah di bentuk akibat pengambilan kerap pain killer


okeh cukup la 3 tips diatas

harap menjadi panduan kepada semua

bye

salam


^= dah lame tak sakit tetibe sakit rase lain pulak =^

Monday, May 3, 2010

beware....elakkan HIV

assalamualaikum...

aku telah selamat sampai rumah dari terengganu ke shah alam

8 jam dalam bus sangat2 melenguhkan

bangun aje pagi huhu... blogwalking la...

then jumpe entry ni kat 'Everything'

aku rase semua orang should know

entry tentang HIV...

bace2....




artikel di bawah adalah berkenaan penyebaran HIV oleh orang yang dah ada HIV

bace & take precaution step ok...


1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... ...

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...


ade juga orang cmni kat dunia nih....

ish3

(^= boleh ke kalo aku nak 'back hand' orang2 camnih??? =^)

Saturday, May 1, 2010

OMG!!!!...love biteee...



Bestnye... abes exam

rehat aje...

then malam nih hang out ngan kawan

melilau, cuci mate

lepak kat Syahbandar (Terengganu)

kol 1 pagi baru balik (skang nih dah kol 2 huhu)


balik umah aje pergi bilik air

nature call... tak leh wat ape da hehe


masuk je bilik air, jatuh la semut2 gatal aka semut api

lalu meninggalkan 'LOVE BITE' di dada ku

ceh... menggatal aje semut gatal nih...

ade lagi la...merah2... wawawa...



^= semut gatal ... i kill u =^