Sunday, October 28, 2012

sembahyang raya pukul berapa?

Salam readers. amcam cuti raya korban ni? Jangan sampai korang lak yang terkorban makan daging banyak sangat sudah la.

Aku macam biasa je. Balik Shah alam aje la. Ni je la kampung yang ada. Tempat untuk kembali. Tehee.

Senang la balik Shah alam ni tak payah nak susah-susah beli tiket. Pastu jem pulak tah berapa jam pulak. huhu..

Eh korang pergi tak solat raya korban masa hari jumaat tu. Aku tak pergi pun. Boleh tak nak cakap macam tu.huhu. Yela, boleh tak, kalo tahun-tahun lepas, solat raya kan dalam 8.30 pagi camtu kan. Tempat korang pun sama kan.

Tapi, bila aku dengan famili pergi masjid tuk solat raya, masa tu dalam 8.10 pagi camtu la. Kami sampai jemaah semua dah balik la woi.. Masa mula-mula tu memang pelik la. Lepas dah tinjau-tinjau dari dalam kereta, memang sah dah balik.

Lepas tu, berkejar la kami ke masjid Seksyen 16, semangat tu. Sampai sana je. Belum mula lagi solat nya. tapi dah tak muat la, sebab masjid tu tengah renovation. So, solat raya nye pun dia buat open air. Dah penuh, eh jom try masjid negeri pulak.

Sampai masjid negeri, mak hoi...lagi ramai orang weh.. melimpah ruah. Tengah nak cari parking, tup2 dah solat la pulak.. OK bagi signal ke kiri, kita balik sekarang. Tak ada rezeki tahun ni, tak pa la. OTW balik tu singgah pulak masjid Seksyen 18. Saja nak datang tengok walaupun tahu memang orang semua dah start solat.


Masjid Padang Jawa >> Masjid Seksyen 16 >> Masjid Shah Alam >> Masjid Seksyen 18 >> BALIK!!


Dengar2 cerita masjid padang jawa ni dia start solat pukul 7.40 pagi. Haru biru dibuat nya.


Salam aidiladha guys ~ : )




Monday, October 22, 2012

Anak, Ayah dan Doktor


Sekadar perkongsian...


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"Sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang.. Jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..?? Kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi & berkata :

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci "drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali".. Doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam.. X lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"Alhamdulillah..anak anda selamat..!", dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah. "Kalau kamu ada sebarang soalan.. Kamu boleh tanya jururawat..!"

"Kenapa doktor 2 sombong sangat..?! X boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!", komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.. Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik.. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.." -Terbakor


Tuesday, October 16, 2012

penat

catatan hari ini...

satu perasaan yang biasa untuk hari yang biasa...

hingga peluh menitis

hingga nafas terasa lelah

tak tahan rasanya menaggung rasa

aku penat

Monday, October 15, 2012

makan murah..berbaloi-baloi la

Salam readers. Happy working on monday. Jangan malas-malas la yeee....

Tengah hari ni keluar dengan workmate makan lunch. Cafeteria kontrak kat company ni memang cam tak cukup kasih sayang je masak. Setakat nak kenyang boleh la, nak sedap-sedap memang tak lah...

Kami makan di kedai nama dia 'Hoolahoot' sebut sambil menyanyi... haha. Sori la takl dapat nak amek gambar dia. dah google pun tak dapt jugak. Dekat taman semarak nilai ni je. Tapi kat ke dalam siket.

Murah woooo....wa cakap sama lu. Eh aku kena RM 4.50 aje, sekali dengan air. Kalo kat luar tu mau RM6. Banyak mana aku makan? Agak-agak lelaki makan banyak ke sikit.? hehe...

Kawan aku cakap...

"Boleh dah ikat kontrak ngan kedai nih... murahhh"

Ayoo... agak-agak la hari-hari nak makan sini. Pokai den. Sekali-sekala boleh la.

Daa~

Wednesday, October 10, 2012

2 jam yang lama

salam...

Hey budak-budak office ni memang dah gillos. Petang-petang ni dah la mengantuk, budak-budak ni wat lawak whatsapps la pulak. Cuba kome cakap 'whatsapps' laju2 dalam bahasa kelantan. Tak ke bunyi dia cam..... hahaha

2 jam lagi sebelum balik kerja ni. Yup gua balik jam 6 petang. Tolong la kasihani gua yang balik jam 6 petang nih.

Eh. jom kerja... Bila nak balik nih~

Tuesday, October 2, 2012

Benda yang anda tak boleh buat bila anda berkaca mata


Salam readers. Good morning moga sihat selalu…

Hehe…ayat intro macam pengacara MHI hendak nya.. haha 

Aku rasa dah semakin rimas pakai cermin mata ni. Tambah merimas kan bila aku tengah sembahyang ada budak-budak berlari pastu pijak cermin mata aku. Sedih. Menitis air mata masa tengah sembahyang. Tok imam tengok ni boleh terus jadi menantu haha…

Baidewei….

 

Anda tak boleh memakai cemin mata hitam

Sedihkan. Menitis air mata lagi. Of kos la tak boleh nak pakai cemin mata hitam. Sebabkan dah pakai cermin mata untuk rabun tu. Tak kan nak pakai cermin mata double pula. Tak dapat la gua nak bergaya sambail memandu kereta dengan gaya, mutu dan keunggulan..~

 
Heh gua jumpa Fizo Omar kat highway PLUS…hehe
 

Tak boleh nak buat aksi acrobatic

Hahaha… maksud aku tak boleh nak bersukan ganas-ganas. Erk! Cam lain pulak bunyi nya hehehe… aku maksud kan bersukan di taman okeh. Yela even nak pumping pun terpaksa buka cemin mata. Nak sit up, jogging 10 pusingan. Tapi gua tak buat pun semua tu hahaha…

  
 
Pandangan dah tak seluas dulu…

Yela, ape yang dalam cermin mata jela kita Nampak yang kat luar, confirm la kabur. Boleh jadi eksiden wooo..  Silap hari bulan jatuh longkang depan awek. Setahun kena bahan dengan kawan-kawan tu… ish3

  

Kena cari contact lense la gamak nya…

Monday, October 1, 2012

monday fever..

salam readers.

Dah petang, kejap lagik dah nak balik. Best nya.

Seriously tak bersemangat nak bekerja hari ni. Malam tadi pun tidur lewat sebab tak mengantuk kot. Entah le. susah sangt nak tidur. Akhirnya end up habiskan separuh novel 'Penunggu Cinta' agak takut la bila kadang-kadang terdengar bunyi dari dapur huhuhu...

Paksa diri untuk tidur. dan akhirnya bangun pagi awal pulak.

haish~~......