Sunday, February 26, 2012

ku rasa gementar tapi bahagia~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


hye readers... Ku rasa gementar tapi bahagia~

haha, belum apa-apa dah 'cinta muka buku' sangat kan.

Bukan apa cukup lah ungkapan ini menghuraikan apa yang sedang aku rasa sekarang. Esok dah mula kehidupan baru kat tempat kerja baru. Adoyai kalau fikir, fikir dan fikir memang la akan mengeluh aje, so baik la tak fikir langsung.

Now sedang menunggu pukul 2 petang sebab nak lepak dengan kawan2 kat sini before bertolak naik moto. Perantauan betol aku haha. After this mgkin tak boleh nak update sangat kot. Bukan ape rumah baru tu xda tenet lagi, and keadaan bilik cam line tak leh nak tembus aje. So mungkin susah sikit kot. apa-apa pun tunggu dan lihat aje la. Mungkin jalan penyelesaian nya lebih mudah dari apa yang aku fikir kan.

Till then happy sunday. :)

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat pagi

Hey readers. Hari ini sangat suka dan bersyukur :). Mau saja rasanya senyum sampai telinga. Sebab....

Interview hari tu dah ada response positive... oh yeah!!

Yes aku dah dapat tawaran kerja la. Dekat Roycepharma di nilai. :) senyum lagi... Alhamdulillah.

Tapi, interview chemist, yang ditawarkan Quality Assurance aka QA. Keje QA ni apa ek. Aku dah blur nih. Kalo keje QA ni memang la lari sangat dengan bidang yang aku belajar kat U. Tapi tak apa la, Better than nothing. Mungkin tak ada rezeki dengan bidang yang aku minat. Tunggang terbalik macam mana pun, aku tetap bersyukur :) senyum lagi, Alhamdulillah. Weekend ni mula berpindah ke rumah sewa.


-Done with job hunting-


Tuesday, February 21, 2012

Temuduga.

As-salam readers.. semoga sihat dihari selasa ni. semalam hari isnin, kelmarin hari ahad, esok hari selasa, lusa hari rabu, lepas tu khamis, esoknya lagi jumaat dan sabtu. Habis cukup 7 hari seminggu aku greeting anda suma sihat hendak nya. :)

Hari ni hamba nak berkongsi sikit la alkisah pergi ber-temuduga. Ada la secebis dua pengalaman temuduga yang recently aku pergi.


Temuduga 1: R&D Manager at Walet Biotechnologies Sdn. Bhd

Mula-mula dapat SMS dari company nih untuk datang temuduga jawatan cam kat atas. Aku dah ish manager la pulak, pengalaman pun tak seberapa nak jadi manager pulak. tapi takpe la, aku try aje. Lepas tu aku pun google la lam tenet pasal company nih. Tarak! Takde secebis info pun pasal company ni lam tenet. Which means, ini adalah company baru.  Cuma boleh assume la, kalo dah name pun 'Walet', tentu la core bisness dia nih pasal walet jugak. Apekah walet itu? Tekan sini. Disebabkan tak tau nk study apa untuk prepare interview nih, aku pun pergi tanpa baca apa-apa pun. Takat berlatih cakap-cakap tu adalah. Sampai aje, alahai dah jam 10 pagi nape company nih kunci aje nih. Ni aku tak suka ni. Lama jugak la tunggu. Aku dah tawar hati!

Maka nya, interview bermula. Interview ni macam borak-borak kedai kopi pulak. ish2 (geleng kepala)


Temuduga 2: Chemist at Roycepharma Manufacturing Sdn. Bhd

Interview yang ni lain sikit. Bukan lain apa, bagi aku ni interview yang paling selesa pernah aku pergi. Best lar. Dekat Nilai Industrial Park. Pergi dengan abah sebab tak tahu jalan. Masuk aje Federal Highway, habis traffic jam macam nak gila. Nasib baik la sempat sampai, on time lagi. Masuk aje, memang dah ada candidate yang sampai dulu. Kena isi-isi borang dulu. Then, baru dipanggil masuk. Memang susah lah jugak soalan dia. Aku tengok dia cam dah study habis aku nya resume. Semua soalan dia memang serang kat 'blind spot' la. Soalan yang paling best bila dia cakap,


oh awak ada blog?

Cite pasal apa blog awak?

Dah lama dah ada?'

Terbangga sekejap kat situ. huhu. nak je cakap 'Encik boleh la google me_nazri kalau nak tengok' hehe



Okeh sekian sahaja. Harap semua temuduga nih membuah kan hasil.





Thursday, February 16, 2012

Kempunan kueh-teow punya pasal

As-salam readers..

About 2 weeks ago,aku ada keluar ber-hangout dengan classmate masa universiti dulu. Wahh.. cam dah lme lak cite padahal baru graduate last year hahaa... Lepas graduate, bertebaran lah semua classmate aku dengan haluan hidup masing-masing. Mostly tertumpu dekat Terengganu, Selangor dan Melaka. Negeri lain macam takda ja.

Nak dijadikan cerita, kami bertiga nak makan malam dekat Food court Seksyen 2, Shah Alam. Sebab hari tu ada tengok dorang punya flyers pasal kueh-teow. Siap ada makan dan menang percutiaan lagi. Aku ni pulak punya la suka kalau dinner tu makan kueh-teow. Kalo sarap ke, lunch ke memang tak suka nak makan kueh-teow. So bila dah sampai sana, kedai yang dalam flyers tu tak bukak la pulak. Mungkin sebab student UITM cuti kan, so dorang pun bungkus la same. Agak nya la~~...

Then duduk je la kat mana kedai yang buka dan order la kueh-teow. Air sampai dulu. Minum air sampai nak kering dah. Tak sampai-sampai lagi makanan nya. Sejam kot tunggu. Memang kami orang-orang yang bersabar tunggu sampai sejam. Gila!. Terus jela cancel order balik terus. Kempunan la jadi nya...

Esok nya. Kempunan punya pasal...


jeng...jeng..jeng .... 


Hambek ko masak sendiri je hahaha..
tapi tak guna mee kueh-teow la....
Nampak sedap kan (ceh!), orang bujang yang masak. Simple je..


Kat bawah ni sume step dia. Gigih aku amek gambo

 Ni la bahan-bahan dia. 
Bawang besar, bawang putih, telur, sebuk kari, cili kisar, dan non-fried mee


 Rendam non-fried mee lam air panas bagi lembut punya


 Mesin kan bahan-bahan nih


 Tumis sesedap rasa dan masuk kan serbuk kari dan cili kisar sesudu makan... hehehe



 Kendian, telur sebiji kasi pecah sama dia



 Turn mee pulak....


 Untuk lebih pedas, letak kan Cayenne..

 
 Siap sudah.. lupa nak letak sayur
Takpe yang penting kenyang haha


sekelip mata je habis wooo... 
bukan sebab sedap, tapi lapar huhu...
tapi not bad la rasa dia
aku buat mesti la aku puji kan

 :)




Monday, February 13, 2012

Review Filem : The Chronicle

salam readers. Semalam sempat la keluar dan berjumpa dengan kengkawan. Having great time at Suria KLCC. Rase nya dah almost 6 years tak jejak kaki kat KLCC ni. Boleh pulak turun aje kat monorail KLCC tu tersesat pulak pergi masuk fitness. Tah pape tah haha... So, having lunch at KFC. Di layan mesra okeh, tak da nak gaduh-gaduh la. (Ape la dah tau KFC penuh pegi la makan kat tempat lain. Tu pun nak suruh aku ajar ggrrrr...). Then kami decide nak tengok movie. Disebabkan promo cite The Chronicle cam best, cite ni la kami tengok. (Kawan aku cakap hantu dalam botol kicap tak best haha...)


 Directed by Josh Trank and written by Max Landis. Siapa kah mereka tidak ku kenal. Baru je Google nih haha. Starring by Dane Deehan (Andrew Detmer), Alex Russel (Matt), Michael B Jordan ( Steve).  Nampak macam semua pelakon baru lagi. 

Chronicle mengisahkan student high school yang mula merakamkan kisah hidup dia dengan videocam, Actually cerita ni pun point-of-view dia dari lensa kamera. Andrew Detmer yang tidak bernasib baik sebab mempunyai mak yang sedang terlantar sakit sebab kanser dan ayah yang pemabuk dan bekas ahli bomba yang bersara awal sebab cedera ketika bertugas. Mess sikit la hidup dia nih. Semua nya berubah bila Matt, Steve,and Andrew pergi ke party, and find out party tu not for them. Some other time, they discover a hole behind the hill. Bila masuk kat dalam, dorang terjumpa satu benda huge-blue-glowing-crystall thing. A sudden, they have a telekinesis power. Boleh gerak kan barang-barang dengan minda. Gembira dengan kuasa tu, dorang pun berlatih la bagai sebab nak improve kan kuasa tu sampai dorang leh terbang. wow part ni yang paling best. serius!!...

Bagai kena rasuk, Andrew yang terdesak mahukan popularity di sekolah dan duit untuk rawatan kanser mak dia, mula menyalah gunakan kuasa hingga membawa kepada pembunuhan Steve. Matt sebagai orang yang ada kuasa yang sama terpaksa lah menghentikan kegilaan Andrew. Ending perlu cerita ke?... hehehe Andrew mati.

Personal komen: It make my life. i can say this is my favorite movie for now. It not about the power that need to highlight, it about life and feelings. It bring me a joy when see them enjoying their power flying over the sky, and moving things. and i can feel how Andrew's life change and the happiness. But for the sad ending, it bring sorrow..   



Seriously suggest and thumbs up!!





Saturday, February 11, 2012

Jangan Penat



JANGAN PENAT mengajak ke arah KEBAIKAN,
kerana SYAITAN tidak pernah penat mengajak ke arah KEJAHATAN,
MALAIKAT pula tidak pernah cuti/jemu mencatat KEBAIKAN,
InsyaALLAH sahabat, selagi mana kita HIDUP di dunia...
selagi masih memikul TANGGUNGJAWAB dan AMANAH ALLAH..
selagi itulah menjadi KEWAJIPAN kita BERPESAN-PESAN,
dan saling membantu ke arah KEBAIKAN

 


sharing from faiz farish


Tuesday, February 7, 2012

Saturday, February 4, 2012

mencintai, dicintai dan yang tercinta....

as-salam.. readers yang disayangi hehehe.. lame sudah rase nye tak update blog ni. Mau nye tak lame dah dekat 6 bulan kot, since abis blaja dan duduk kat shah alam ni, mulakan kerja dan macam-macam yang dah berlaku sampai hilang mood nak update blog walaupun idea ada...

Harap-harap pembaca blog ini masih ada dan aku harap semua update dan entry aku lepas ni akan lebih matang lagi. :)  . bye


p/s: aku perasan nape ek shoutbox tu dah tak boleh guna hmmmm.....


ku akui berat nya... :(