Sunday, July 31, 2011

munkin untuk selamanya....

Dulu kenal dia, baik aje, sopan, budi bahasa, semut pun boleh angkat dia
Kemudian berpisah, dia keselatan, aku ke utara, dia ke timur, aku ke barat
Mahu ketemuan juga susah, mahu merancang untuk bertemu lagi susah
Masa tu facebook tak ada lagi, ym ape tah lagi, yang ada public phone
Nak usha-usha pun tak boleh, maka hubungan terputus

Kembalinya aku ke kampung halaman, terasa rindu ingin lah bertemu
Dicari tidak berjumpa, bertanya kawan lain juga tidak tahu,
kemudian datang facebook, menyelongkar lah aku di laman sosial,
segalanya aku klik, juga tiada, mungkin nama mu lain digunakan,
usaha menemu kebuntuan, jadi berhenti saja,
tapi engkau, bagaimana mahu aku lupakan

Hari berganti, bulan beralih, masa berlalu
udara bergerak perlahan, daun berjoget dengan alunan, matahari menyorok di balik awan
oh!, engkau... aku berdiri tegak dalam kekakuan, engkau berjalan lurus melawan angin,
mata kita bertembung,

Tapi,

riak wajah mu tiada lambang mengenali ku, senyuman kuukir terus mengendur,
engkau melepasi ku, terus aku jadi hairan, bigung
engkau sudah berubah, tidak kah mengenali ku lagi,
berat ku melangkah pergi, berat lagi melihat engkau dan teman mu,
berdiri saja tiada guna, disini bukan tempat bersedih,

lama kita berpisah, aku kekal begini supaya,
apabila ketemu, engkau mampu mengenali ku,
tapi engkau yang sebalik nya,
selamat tinggal, aku berpaling meninggalkan mu,
namun aku punya harapan, supaya engkau berpaling ketika ku pergi...

mungkin untuk selama.


Thursday, July 28, 2011

berjoget depan mesin ATM

Assalamualaikum...

hahaha.. buang tebiat kan...

hari ni gaji dah masuk, jadi haruslah kita berjoget depan mesin ATM... Yeeahhhhhaaaaaa....

ok2.. jaga kelakuan anda di tempat awam. Bukan apa, sangat gembira sebab gaji dah masuk. Di masa-masa tengah sengkek ni, datang la gaji sebangai penyelamat dunia huhuhu...

Bukan aku tak pernah dapat gaji, sebelum ni ada je dapat gaji cuma kali ni paling banyak dan yang pertama sejak mula kerja ni. Gaji pertama la katakan.. harusla gembira lebih. Alhamdulillah...

Gambar hiasan yang dicilok dari google


*dah lame tak update blog...huhu


Wednesday, July 20, 2011

Tiba-tiba hari ni makan kat dapur....

Assalamualaikum...

Hye readers semua.. dah makan malam???....

Ape punya soalan kan.. dah pukul 10.50 kut, orang dah makan supper dah sekarang ni huhu.... Sori for not update my blog, dah 2 minggu kot tanpa entry baru. Baru hari ni ade Wordless Wednesday punya post. Tu pun dah time kan dia. baru la boleh nak update hari ni.

Aku kalau makan malam mesti nk dekat depan TV. tak kira la cite ape pun mesti nak tengok TV kalau makan. Tengok berita la best. Tak da nye nak lekat kat makan kat dapur.

Tapi hari ni lekat pulak aku makan malan kat dapur. Sesorang la pulak tu. sedih betul kan. huhu.. Bukan apa aku penat la nak jalan ke ruang tamu. Penat koje. Nanti la update pasal koje baru nih. rasa cam tak stabil lagi tak best pulak nak cerita.

Dah kalau aku tak lekat kat depan TV masa makan mesti aku masuk lam bilik than layan muvie. Aku kongsi bilik ngan abang aku. jadi nye dalam bilik ni penuh barang abang aku jela. barang aku sikit aje. Sedih lagi...

Best bilik ni sebab kmputer bang aku ni ade banyak movie baru2 dan lame2. dan yang lagi best ada benda ni...



Korang ada???... yang tau, tau la ape benda nya dalam gambar tu. Kalau tak tahu tengok je la ek... dah kelaut pulak cerita aku ni hahah

BYE!

wordless wednesday*4 - Manir, Kuala Terengganu

Saturday, July 2, 2011

tak ada apa-apa#1




disana tak sentiasa indah, disini juga bukan selalu mendung

eh sudah bulan julai

Assalamualaikum...


okeh semalam pergi interview lagi.. Tak habis-habis pergi interview kan. Yela nak mencari kerja yang sesuai dengan pilihan hati. Kalau tak nanti kerja tak ikhlas pulak huhu

Semalam tengah isi borang kat company tu, tengok kat handset oh sudah 1 JULY 2011.

Termenung jap. oh dah 1 JULY rupa nya. Kenapa aku termenung ek. tah ape aku fikir masa tu hahaha

Ayat biasa

"cepat betul masa berlalu, tak sedar pun"

Feeling like miss something but i cannot remember what it is or just my feeling want to fool me

Bulan depan dah puasa