Thursday, June 30, 2011

anda tahu tak kanser prostat...

Assalamualaikum...

Pagi ni terbagun awal eh bukan, tak tidur lepas solat subuh huhu. Maka tertengokla hamba rancangan kat TV3 yang ade pengacara Ally Iskandar tu. Camne leh lupa lak name rancangan pagi-pagi tu...

ni hah Ally Iskandar nye. Kenapa bila taip kat google image personaliti TV3 yang kuar banyak gambar zakiah anas tengah duk atas meja. Mengganggu pencarian gua betol


Sekarang mau cerita bukan pasal Ally Iskandar mahu pun Zakiah anas tengah duduk atas meja. Tapi pasal topik kat TV3 tu, pasal kanser PROSTAT. Aku terasa nak buat entry ni sebab tak puas hati ngan tetamu undangan seorang Dr. Neurologi kalau tak silap, asyik terang kan pasal general aje. tak specifik pon, so aku kat sini nak berlagak jadi doktor pakar lah kejap. Boleh?

Pertama kali, jom tengok prostat tu ada dekat mana. Lihat gambar


sila fokus pada prostat okeh jangan tengok benda lain. sekian


Nampak tak prostat tu kat mana. ye betol dekat alat sulit lelaki dan ia meneluputi saluran air kencing dan sperm. so penyakit ni serang lelaki sahaja. Perempuan sila happy sekarang.

Fungsi prostat ni adalah untuk mengeluar kan cecair pelincir atau lagi best kalau panggil air mazi. konfem la semua orang paham. hahaha

Kanser prostat ni jenis yang slow growing. makna kata dia pelan je membesar kat situ, sedar2 aje pesakit tahu kena kanser pada tahap yang dah bahaya dah.

Kanser ni cenderung meyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tapi yang muda-muda ni jangan lega cepat sangat kalau korang tu perokok tegar dan tak jaga pemakanan.

symptom kanser ni pulak, sukar buang air kencing, kencing berdarah, dan kencing tak lawas. Kanser di berdasarkan genetic tapi ade jugak yang takda genetic kanser ni pun leh kena jugak.

Lame-lame prostat tu membengkak dan membesar. tu pasal la berlaku kesukaran baung air kecil.

Bila dah serius penyakit ni mula effect pada tulang belakang dan buah pinggang.

Apa yang dinasihatkan pakar untuk mengelakkan penyakit ni adalah gaya hidup sihat. Tipikal kan tapi itu la yang sebaik nya. senaman jangan lupa.

Rasanya dah cukup kot info pasal Kanser prostat ni. Ape apehal korang google la ek, jangan tanya aku hahaha

*serius rasa lain buat entry kesihatan ni



Sunday, June 26, 2011

lover kau kol bape kali sehari???

Assalamualaikum..

Hah..bace ini..

A : weh kau tahu tak SAYANG aku call aku 3 kali sehari , love of my life (sambil buat muka minta kaki)

B : oh really ? lover aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)

A : bestnya , banyak credit lover kau ?

B : taklah ni connection wire-less

A : (muka tak puas hati) hmm .. pukul berapa dia call ?

B : SUBUH , ZOHOR , ASAR , MAGHRIB and ISYA' . nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu . Masa Dhuha pun ada .

Paham ka tidak??? Jangan ada yang makan dalam sudah ..

Tuesday, June 21, 2011

check barang-barang dan tips temuduga...versi me_nazri har har har...

Assalamualaikum..


Har har har...

Tetiba je gelak kan. Meh bace sini [sperma. bukan entry lucah]. gerenti korang gelak macam aku har har har

Esok aku akan bertolak ke Melaka. sebelum subuh rancang nye. Kenapa? bace la sini kalau nak tau. har har har

Okeh. aku ada interview kerja. <--- cakap jugak


Jadi meh la kita ramai-ramai wat spotcheck sebelum bertolak esok kan. Kalau ada barang tertinggal jenuh la mau patah balik amek. har har har

Fail resume sume dah siap ke belum? ---- sudah bos. memang dah siap awal-awal lagi hehehe

Baju nak pakai esok dah gosok ke belum? ---- belum. pasni aku buat la. dah ade pun atas seterika

Slide yang dorang mintak tu dah siap ke belum? ---- dah siap. cuma tinggal sikit nak last touch up hehe

Kasut dah kiwi ke belum? ---- tak payah kiwi. kasut aku tu memang tak boleh dah nak kiwi.

Kuku dah potong ke belum? ---- tak payah kut, cantik lagi nih.

Dah berlatih speaking ke belum? ---- habes satu album metallica aku nyanyi. mesti boleh. yeah yeah!!

Jerawat sume dah hilang kan ke belum? ---- ko jangan sebut pasal jerawat boleh tak??..

Entry untuk esok dah siap kan ke belum? ---- har har har tu lagi la sudah...


Abes sudah cek semua barang.

jadi jom la tengok TV har har.. bersenang lenang lagi kan..

Tips temuduga nye mne?

kan dah cakap kat atas tu. 2 dalam 1 la bro

har har har...

mode: berdebar. Bismillah..

orang kaya dan pemandu yang bengap...

Suatu hari ada dua orang kaya giler sedang berborak di Cafe House, sambil bergosip pasal pemandu depa...

Orang kaya 1 : Hei, U tau tak, pemandu i nie bodoh giler tau tak! Kalau U tak percaya cuba lihat nie.
Terus dia panggil pemandunya si Hakim...

Orang Kaya 1 : King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Lamboghini.

Hakim pun jawabla dengan sopan,
"Baik puan! Saya belikan! " Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya 1: Nampak? Apa i cakap....dia buat betul-betul... ha ha ha

Orang kaya 2 : Haha....itu belum apa-apa, U nak tengok, pemandu i lagi teruk dari itu... Biar i tunjukkan pada U.

Terus Orang Kaya 2 memanggil pemandunya Syuaib.

Orang Kaya 2 : Syuaib, pergi ke rumah i jap, cuba lihat sama ada i ada kat rumah ke tak ?

Syuaib : Baik puan yang bijaksana....

Dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya 2 : Nampak apa yang i cakap kan? Dia tak de otak nak fikir pun, mana boleh i ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa...ho ho ho ho....

Tak berapa lama kemudian, kedua-dua pemandu itu bertemu di jalan,

Hakim : Ehh ko tau tak? ...Bos aku tu bodoh betul la...Tah macam mane la boleh jadi kaya gedabak gitu....Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli Lamboghini kat kedai kereta, mana boleh?? Ko kan tau kan sekarang kan hari raya... Semua kedai kereta tutup!!

Syuaib : Ko fikir boss ko bodoh ke? Boss aku lagi bodoh!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, nak tau dia ada kat umah ke tak... Tak ke bengap tu namanyer!!.....Padahal dia kan boleh check sendiri...telefon je la ke rumahnya!! Kata kaya! hadoi...

Moral - Jangan suka kutuk orang.....takde sape pun sempurna kat dunia nie...

peace yo.... copy dari sini..Pembawa Wacana ku

Monday, June 20, 2011

Jangan Kau Pergi

jom layan

tak mau jiwa kacau okeh


Jangan Kau Pergi



Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh


Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi


Download sini



panggilan interview...

Assalamualaikum...


Disuatu petang yang agak aman damai (sebab anak buah aku yang paling kecik tu dah tido), aku tengah main game PSP ni tetiba handphone aku berbunyi. nombor asing nih. Tah sape-sape la salah kol aku ni. Tapi no cam bese nampak

me_nazri: hello assalamualaikum
unknown: Hello buleh saya bercakap dengan en.**** **** a.k.a me_nazri
me_nazri: ye saya
unknown: En. ada mohon kerja di Kolej RISDA kan? Saya nak jemput encik untuk interview hari rabu depan (incoming rabu) encik baloh datang ye?
me_nazri: haaaa....(terpinga-pinga jap) ok buleh...mesti buleh punye (sambil mata masih mengadap PSP)
unknown: $&* dikehendaki ^&*^^&*^((&*&^&.. saya bagi tajuk sekarang ye..
me_nazri: erk!!!

gile laju orang ni cakap, xda nak brek2 dah.. sedar-sedar je dapat dah tajuk suruh present.


Photosynthesis


mintak kerja jadi pensyarah, so kena la mock teaching nanti kan.

Tengah boring siapkan slide mengajar, jadi kita update blog la kan. lalalala

Masih tak tahu lagi jalan nak ke KOLEJ RISDA ni hmmmm....




Sunday, June 19, 2011

super SUN-day


today is sunday

sunday is holiday

i want to get out

i look outside

cloud started to accumulate and dense

i want to get out so badly

but what to do

i only have motorcycle with no roof

if it raining i get wet

so i sit tightly in font of television

doing nothing but watching Maharaja Lawak

Again and Again




Thursday, June 16, 2011

Astro First penyebab cetak rompak?

Assalamualaikum...


Betul ke ni? Astro First penyebab cetak rompak?... Korang tau tak Astro first tu ape? Kalau tak tau jangan duk kat Malaysia la hahha....

Astro First adalah aplikasi berbayar dari Astro yang membolehkan kita tengok wayang terbaru dari rumah aje. Tengok kat TV la. Pastu kita boleh rakam dan cetak banyak-banyak dan jual. Hah? Apakah?

Ini betul la. Cuba fikir. Kita tengok wayang tu kat rumah, TV kita, rumah kita, kalau kita rakam pun cerita wayang yang baru kuar tu, siapa yang tahu betul tak. eh aku bukan ajar korang jadi lanun cetak rompak keh..aku bagi tau je...

kalau orang macam aku boleh fikir, apetah lagi lanun-lanun diluar sana, betol tak?


*aku buat entry ni sebab aku nampak lambang astro first kat DVD cetak rompak yang kakak aku beli. cite 'Kongsi: Lu Langsi Lu Mati'. Cite ni tak best. sekian

Sunday, June 12, 2011

tahniah terengganu

Assalamualaikum...


oh yeah


perlawanan akhir piala FA 2011

malam tadi

Terengganu juara

Oh yeah


kenapa ko gembira? ko bukan orang Terengganu pon...

suka hati aku la, lagi pun aku belajar sana. kalau kelantan lagi tak da kait ape-ape pun ngan aku...so Terengganu is mah choice... oh yeah




Friday, June 10, 2011

lokasi konsert akhir AF9 depan masjid???

Assalamualaikum....


Tadi masa tengah blogwalking nih, ternampak pulak satu tajuk entry dalam blogger nih (sini). Pasal lokasi konsert akhir AF9 nih yang dekat dengan masjid. hoh! dengan pantas aku meng-google perkara tersebut. dan ada beberapa carian yang menyebut hal yang sama. dari blogger jugakla yang concern pasal benda ni dan buat entry pasal benda ni.

Ada dua blogger yang dah up kan pasal benda nih. Ade 3 sebenarnya, tapi tak boleh nak masuk pulak.

kat sini

cik jari tembam

suratan kebetulan



dari entry 2 blogger tersebut, konsert berkenaan di buat di Putrajaya. Well kat putrajaya tu ada 2 masjid kan. aku rasa yang ni masjid besi. Tengok dari design dia la. dan ia hanya 500 m dari masjid tu. Dekat kan? Tak dekat ke. bagi aku dekat sebab kawasn tu kan lapang. kalau kawasan lapang ni 1 km pun dekat dowh.


Kenapa ek ASTRO pilih lokasi macam ni? Macam Malaysia ni kecik sangat sampai takda tempat lain yang lagi sesuai ke. Memang la acara bermula selepas Isyak tapi tu kan masjid. Tempat suci kot. walaupun 500 m tapi kesucian kena la jaga walau macam mana pun. Sekali bah datang, menuju puncak la...

Kat bawah ni ada gambar yang aku copy-paste-upload dari blog mereka.















:)(:


Link

Monday, June 6, 2011

jom tukar link blog suka sama suka







jom la join same-same kat sini...

lagi ramai lagi meriah ape

:)(:



anwarcctv lawat blog aku....

Assalamualaikum..


Baru balik dari Terengganu semalam. Penat-penat. Jalan kat karak tu memang jem habis la. lagi-lagi kat genting sempah tu. ada la beberapa kejadian eksiden yang tak diingini...

Dah kecoh kan yang pasal video seks anwar tu dah tersebar pulak dalam Youtube sekali lagi. Kali ni versi yang disunting siap ada lagu lagi tu. Pagi ni aku bukak blog. aik ade pulak blog yang pasal video seks ni melawat blog aku haha.. adeh~

kalo korang tak percaya tengok ni...




percaya tak? jangan korang pergi klik pulak ek huhuhu


ape kejadah la semua ni


Friday, June 3, 2011

cara best untuk mengelakkan selipar anda hilang lepas solat jumaat

Assalamualaikum...


Salam jumaat readers semua. Dah balik solat jumaat ke belum? bagi yang lelaki aje la. Kalau bercerita pasa; solat jumaat ni memang popular la cerita pasal selipar yang hilang kan. Agak nya sape la yang tak pernah hilang selipar lepas solat jumaat kan. tak kurang sape la yang tak pernah nak kebas selipar orang lain kalau selipar sendiri dah kena curi kan hahaha...

Ramai yang amalkan skil lama untuk mngelakkan selipar hilang ni macam
  1. letak selipar dalam pasu bunga
  2. letak pasangan selipar tu jauh-jauh
  3. parking selipar paling jauh dari selipar yang lain

Sekarang meh aku nak bagitahu macam mana tanak kasi selipar hilang lepas solat jumaat. kira ni skill terbaru la...


Pakai selipar yang paling buruk yang korang ada. dengan cara ni pencuri selipar mesti takan curi punya la selipar camni. nak lagi best pakai selipar yang dah nak terputus. kalau kena curi pun tak la rasa menyesal sangat kan.haha.. Tapi, kitakan disunatkan pergi ke masjid bersolat jumaat dengan memakai pakaian yang cantik-cantik dan wangian kan. selipar tu sebahagian dari pakaian tak hmmm....


Pakai selipar lain-lain warna. sape sangka kan ada orang datang pakai selipar macam ni. susahla sikit pencuri tu nak cari pasangan selipar tu..ye tak? bernas tak? haha



Datang pakai terompah. kalau datang pakai ni confirm la sebatu lagi dah tau dah sape nak datang. kalao kena curik jugak cepat je kita boleh detect sebab bunyi dia tu kan kuat.


datang pakai selipar warna PINK. okeh yang ni no komen la. confirm pencuri pun segan nak curi nye. jangan la pelik kalau lepas ni masjid tu penuh ngan selipar pompuan di waktu solat jumaat.


Kalau semua diatas tak berjaya. korang buat macam ni jela. abes cerita

jangan hilang anak kunci tu sudah la


Biarlah, kita anggap sebagai sedekah saja kepada orang yang mengambil selipar itu. Mungkin dia yang lebih memerlukan selipar itu. Siapa tahu dia ada kemudaratan dan masalah yang memaksanya mengambil selipar itu. Mungkin juga orang meminjamnya untuk ke tandas dan bilik air pastu letak kat tempat lain tu yang tak jumpa tu

lagi satu kalau selipar sendiri dah hilang jangan la pegi curi selipar orang lain pulak. dah berangkai jadi nya. Baru lepas solat jumaat kot, takan nak buat dosa dah ...